Tinta Dari Dasar Hati Insan ....

HUKUM DAN ADAB MENGUCAPKAN SALAM (2)



 1.Hukum mengucap salam kepada orang yang sedang Azan & Iqamah

  • Mengikut Jumhur Ulama hukumnya makruh 
  • Bagi yang ingin mengucapkan salam , hendaklah menunggunya sehingga selesai azan atau iqamah itu
  • Orang yang sedang azan dan iqamah itu tidak wajib menjawab salam kecuali setelah selesai pekerjaannya
  • Jika ia menjawab salam itu , azan dan iqamah tidak batal tetapi makruh kerana menyelangi azan dan iqamah itu dengan perkataan lain
  • Jika menjawab dengan isyarat , hukumnya harus
2. Hukum Mengucap Salam Kepada Orang Yang Sedang Sembahyang

  • Tidak sunat mengucapkan salam kepada orang yang sedang sembahyang sehingga selesai solat
  • Orang yang menjawab salam ketika solat , solatnya terbatal  kerana ucapan salam adalah perkataan lain sebagaimana pendapat Ulama Malikiyah 
  • Mengucapkan salam kepada orang yang sedang sembahyang tidak dikira berdosa
  • Orang yang sedang sembahyang itu wajib menjawabnya setelah selesai solatnya jika yang memberi salam itu masih ada. Pendapat ulamak Salafiyah lebih baik dijawb walaupun pemberi salam itu sudah tiada dengan harapan Allah memberikan pahala
  • Orang yang sedang sembahyang boleh memberikan isyarat dengan jari-jari tangannya menjawab salam itu tetapi tidak menggunakan keseluruhan tangannya.
3. Mengucap salam kepada orang yang sedang membaca Al-Quran dan berzikir

  • Tidak  disunatkan memberi salam kepada orang yang sedang membaca Al-Quran , kecuali dikhuatiri akan muncul dalam fikirannya bahawa kita tidak beradab.Jadi harus mengucapkan salam kepadanya.
  • Orang yang sedang berada di situasi di atas tidak diwajibkan menjawab salam , kecuali jika dikhuatiri ia dianggap tidak menghargai salam itu . Maka sunat menjawabnya tetapi tidak wajib
  • ,Sebahagian ulama berpendapat , menjawab salam ketika ini wajib , tetapi setelah itu jika ia masih  hendak meneruskan bacaannya , bacaan itu harus dimulakan dengan taawuz . Kecuali jika ia menjawab dengan isyarat yang tidak memutuskan bacaannya
  • Makruh mengucap salam kepada orang yang sedang khusyuk berzikir kerana dikhuatiri akan mengganggu konsentrasinya. Tidak disunatkan juga memberi salam kepada orang yang sedang bertalbiah yang sedang khusyuk menghadapkan diri dan jiwanya kepada Allah swt.Tidak wajib menjawab salam bagi situasi ini kecuali jika ia memberhentikan talbiahnya , maka harus (tidak makruh)

    4. Mengucap salam kepada jemaah yang sedang mendengar khutbah

    • Makruh memberi salam dalam situasi ini kerana mereka dianjurkan mendenga khutbah yang disampaikan
    • Tidak wajib menjawab salam jika ada yang mengucapkannya , jika salah satu jemaah menjawabnya ia dianggap tidak berdosa tetapi telah meyalahi hukum (makruh)
    • Semakin ramai atau bertambah bilangan yang menjawab , semakin bertambah kemakruhannya kerana boleh mengganggu jemaah dan memutuskan perbicaraan khatib
    • Khutbah selain Jumaat , maka masalahnya lebih ringan berbanding khutbah Jumaat

    5. Mengucap salam kepada orang yang sedang qada hajat dan seumpamanya

    • Makruh  memberi salam kepada orang yang sedang qada hajat , oarang yang berada di bilik mandi, tidur, dan yang berada di balik dinding
    • Tidak wajib menjawabnya berdasarkan hadis riwayat Muslim dari Ibnu Umar ra : "Suatu hari seorang lelaki pernah melalui Nabi saw yang sedang buang air kecil , lalu lelaki itu memberi salam , tetapi baginda tidak menjawabnya".
    • Menjawab salam bagi orang yang sedang qada hajat dan bersetubuh  adalah makruh . Sedangkan bagi orang yang berada dalam bilik mandi , hukumnya sunat sebagaina disebutkan Imam Nawawi dalam kitab Ar-Raudhah 

      6. Mengucap salam kepada anak-anak
      • Disunatkan melatih anak-anak untuk memberi salam atau menjawab salam dengan cara mengucap salam kepada mereka dan menjawab salamnya jika ia mengucapkan salam 
      • Hal ini berdasarkan hadis  riwayat Bukhari dan Anas ra : " Suatu hari ia (Anas) melalui anak-anak maka ia mengucapkan salam kepada mereka sambil berkata : " Dahulu Nabi saw melaakukannya".
      • Hukum menjawab salam bagi anak-anak tidak wajib sebab mereka belum  mukallaf mengikut pendapat Malikiyah dan Syafi'iyah. Namun apabila seorang anak menjawab salam , kewajipan yang lainnya menjadi gugur , jika anak tersebut berakal sihat . Ini mengikut pendapat Hanafiyah .Alasannya sembelihan anak-anak halal dimakan , padahal mengucapkan bismillah menurut mazhab ini dalam menyembelih adalah wajib
      • Sebahagian ulama' Malikiyah  dan Syafi'iyah juga berpendapat  yang sama dengan pendapat di atas kerana dikiaskan kepada sahnya azan kanak-kanak
      • Majoriti ulama mazhab Syafi'iyah mengatakan kewajipan menjawab salam belum gugur dari lelaki dewasa jika yang menjawab salam itu masih kanak-kanak
      • Apabila anak-anak mengucap salam kepada orang yang telah dewasa wajib menjawabnya . Ini pendapat yang kuat mengikut majoriti ulama'

      7. Mengucap salam kepada perempuan

      • Sunat mengucapkan salam kepada saudara perempuannya yang lain dan yang menerima salam wajib menjawabnya. hal ini sama juga bagi lelaki kepada lelaki lain.
      • Salam lelaki kepada perempuan jika muhrim atau isterinya , hukumnya adalah sunat serta  menjawab salam itu wajib
      • Jika perempuan itu sudah tua yang tidak mengundang nafsu lagi , mengucapkan salam kepadanya sunat meskipun ia bukan muhrim dan juga wajib menjawabnya
      • Jika perempuan itu masih muds , dikhuatiri menimbulkan fitnah , maka lelaki yang bukan muhrimnya makruh memberi salam kepadanya dan mekruh perempuan tersebut menjawabnya dengan suar yang kuat ( Pendapat ulama Malikiyah , Syafi'iyah dan Hanbaliyah )
      • Ulama' Hanafi berpendapat lelaki wajib menjawab diucapkan dalam hati salam yang diucapkan perempuan kepadanya . Begitu juga perempuan wajib menjawab dalam hati akan salaam lelaki
      • Mengucapkan salam oleh lelaki bagi jemaah perempuan hukumnya harus. Demikina juga lelaki boleh mengucap alam kepada satu orang perempuan jika tidak dikhuatiri menimbulkan fitnah
      • Jika salam itu mengundang perasaan suka antara satu sama lain sehingga  berterusan untuk berbicara. Ulama memfatwakannya makruh untuk menutup pintu haram 

         8. Mengucap salam kepada fasik

        •  Makruh mengucapkan salam kepada  orang yang suka membuat maksiat secara terang-terangan seperti minum arak , bermain judi , bersaksi palsu , menuduh zina , membuat fitnah dan sebagainya
        • Menjawab salamnya juga makruh sebagai pengajaran dan renungan baginya
        • Jika dikhuatiri mereka akan mengganggu kita jika tidak diucapkan dan menjawab salamnya , maka harus mengucapkannya dengan niat kerana Allah sebagai suatu jalan keluar yang baik

        9. Orang yang seharusnya mendahulukan ucapan salam

        • Dalam hadis soheh Bukhari dan Muslim diriwayatkan dari Abu Hurairah ra berkata : Rasulullah saw bersabda : " Orang yang menunggang (berkenderaan) hendaklah mendahulukan ucapan salam kepada orang yang berjalan , orang yang sedang berjalan kepada orang yang duduk dan orang yang sedikit kepada orang yang ramai " . Dalam riwayat Bukhari disebutkan : "Dan yang muda kepada yang tua" 
        • Ini adalh sunat . Namun jika dilakukan sebaliknya maka hukumnya tidak sampai kepada makruh 
        • Apabila seorang mendatangi kepada sebuah perkumpulan lalu mengucap salam kepada sekelompok tertentu maka hukumnya makruh . Ini bertujuan bagi mengelakkan rasa iri hati dan permusuhan .
        • Seseorang yang berjalan di pasar , di jalan raya atau di mana sahaja yang terdapat ramai orang , maka tidak harus mengucap salam kepada semua orang itu tetapi cukup kepada orang yang dikenali sahaja.

        10.Sunat mengucap salam ketika masuk rumah 

        • Sunat jika seseorang yang akan memasuki rumahnya sendiri mengucapkan salam kepada orang yang berada di dalamnya. Jika tiada orang , maka sunat mengucapkan salam kepada dirinya agar mendapat berkat dan kebaikan 
        • Ucapan salam untuk diri sendiri ialah :  السلام علينا وعلى عباد الله الصالحين
        • Allah berfirman maksudnya : " Maka apabila kamu memasuki ( suatu rumah dari ) rumah-rumah , hendaklah kamu memberi salam kepada ( penghuninya yang bererti memberi salam ) kepada dirimu sendiri , salam yang ditetapkan dari sisi Allah , yang diberi berkat lagi baik " . (An-Nur :61)

        11. Mengucap salam ketika meninggalkan majlis

        • Bagi orang yang meninggalkan sesuatu majlis , sunat memberi salam sebagaimana ia memberi salam ketika hendak memasukinya. Maka sunat mengucap salam sama da ketika masuk dan keluar atau pergi dari sesebuah majlis
        • Tarmizi meriwayatkan dengan sanad  hasan dari Abu Hurairah ra, beliau berkata ,: Rasulullah saw bersabda : " Apabila slah seorang kamu  mendatangi sebuah majlis , hendaklah ia mengucapkan salam. Jika ia  telah dipersilakan duduk , hendaklah ia duduk. kemudian apabila ia ingin meninggalkan tempat itu , hendaklah ia mengucapkan salam .(salam ) yang pertama tidaklah lebih penting dari salam yang lain (kedua) " .

        12. Mengucap salam kepada orang yang tidak mahu menjawab salam

        • Orang yang menduga jika ia mengucapkan salam kepada seseorang maka orang tersebut tidak akan menjawabnya, tetap dianjurkan memberi salam kepadanya kerana boleh jadi dengan terus terang mengucap salam kepadanya , akhirnya ia menjadi sedar dan mahu menjawab salam
        • Ini kerana dengan salam dapat melembutkan hati seseorang dan menghilangkan sifat hasad dengki
        • Jika ia tidak menjawab salam, maka dianjurkan menasihatinya dengan lemah lembut dengan mengatakan "menjawab salam itu waji"
        • Jika tidak dijawab juga, selanjutnya dinasihati dengan mengatakan "Aku gugurkan kewajipanmu untuk menjawab". Ini bertujuan agar ia tidak berdosa  atas ucapan salam itu
        • Seorang muslim hendaklah menjadi penyebab dan membawa kebaikan bukan penyebab keburukan bagi seseorang.

        13. Mengucap salam kepada ahli kubur

        • Kitab-kitab hadis  menyebutkan bahawa Nabi Muhammad saw dahulu menziarahi kuburan dan mengucapkan salam kepada ahlinya serta mengajarkan sahabat melakukan seperti yang dilakukannya
        • Muslim dan ashab  as-sunan lainnya meriwayatkan dari Buraidah ra beliau berkata : Dahulu Rasulullah saw mengajarkan mereka jika pergi ziarah kubur untuk mambaca salam iaitu :
                  "Salam sejahtera buat kamu wahai ahli kubur yang beriman dan muslim, dan insyallah kami  
                    akan  menyusuli  kamu. Kami berdoa  mudah-mudahan Allah memberikan kesejahteraan buat 
                    kami dan  kamu " .

        Semoga dapat dijadikan panduan bagi kita semua....


          No comments:

          Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...