Tinta Dari Dasar Hati Insan ....

BENCANA , MUSIBAH ATAU UJIAN?



Terpanggil untuk menulis artikal ini  apabila bencana demi musibah berlaku di Malaysia. Selepas tragedi menyayat hati pesawat MH370 dan MH17  , badai angin puting beliung reda , kini banjir besar pula melanda

Persoalannya, bagaimana persepsi dan reaksi  kita terhadap kejadian-kejadian seumpama ini?

Adakah ia ....

a) ketentuan / ketetapan / takdir Allah / kehendakNya ?

b) berpunca dari perbuatan manusia itu sendiri ?

c) fonomena alam?

d) bala atau hikmah?

d) ujian Allah?



Jika dikatakan ia sebagai ketentuan / ketetapan / takdir Allah atau kehendakNya ....siapa kita untuk menghalangnya . Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa .

Jika dikatakan ia berpunca dari perbuatan manusia itu sendiri , benarlah firman Allah :

Dan (Tuhan berfirman lagi); Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.
 (Surah Al-A'raaf 7: 96)
Jika dikatakan sebagai fonomena alam atau sunnah alam, maka ia dikatakan sebagai pengimbang kepada kehidupan dan kemusnahan

Jika dikatakan sebagai bala atau hikmah , apakah kerana dosa yang dilakukan segelintir manusia , maka Allah menurunkan azab sebagai balasan atau Allah sahaja yang mengetahui hikmahnya

Jika dikatakan sebagai ujian Allah , maka kita akan perhatikan begitu ramai masyarakat yang prihatin menderma dan menghulur bantuan kepada mangsa sesuatu bencana kerana kita percaya kehidupan itu ibarat roda, malah setiap manusia itu  tidak akan terlepas dari sebarang ujian yang menimpa



Biar apa pun tafsirannya , bermuhasabah diri itu lebih baik . Siapa kita hanyalah insan kerdil untuk melawan setiap perkara yang berlaku , tugas kita hanyalah redha ,berdoa, meminta dan terus memohon kepada Allah . 



Justeru jangan terus dilupakan bahawa mengimani perkara ghaib dan hari kiamat  itu adalah sebahagian dari rukun iman. Bala  bencana  ini  menjadi isyarat Allah akan adanya hari kehancuran alam. Bersediakah kita?


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...