Tinta Dari Dasar Hati Insan ....

KUNCI ILMU IALAH 'TIDAK TAHU'


Saya dahului artikel kali ini dengan والله اعلم

Kebiasaannya ramai yang mengakhiri kalamnya dengan waallahu a'lam.....tetapi saya mengawalkannya kerana tidak mahu mendahului Allah Taala!!!!!

Saya ingin mulakan tentang kewajipan menuntut ilmu itu fardhu atas setiap orang Muslim.Kepentingan menuntut ilmu ini sehingga kita disuruh mencarinya hingga ke liang lahad. 

Ada dua jenis ilmu di dunia ini iaitu ilmu bersumberkan wahyu (Al-Quran) dan ilmu bersumberkan akal
Mari kita lihat contoh-contoh ilmu mengikut kategorinya:

a) Ilmu Bersumberkan Wahyu : Ilmu Tauhid,Ilmu Hadis,Ilmu Falak,Ilmu Feqah dan sebagainya yang terkandung dalam ajaran Islam

b) Ilmu Bersumberkan Akal : Ilmu Geografi,Matematik,Sains,Ilmu Perubatan dan sebagainya yang dapat dikaji dan dicapai melalui akal fikiran yang dianugerahkan Allah.

Kedua-dua jenis ilmu ini walaupun nampak terpisah tetapi saling berkait dan bersumberkan Al-Quran dan akal. Kita semua dikehendaki beriman dengan Al-Quran sebagai kitab mulia umat Islam. Manakala akal yang mulia ciptaannya , anugerah Allah yg paling istimewa kepada manusia dan diletakkan pula di tempat yang tinggi (kepala).


Hakikat ini harus diterima ............


Justeru janganlah kita bersikap takabbur dan sombong apabila kita dianugerahkan kepandaian dan kepakaran dalam sesuatu bidang.Ianya sudah tentu datang dari Allah pencipta kita.Sebaliknya dengan ilmu itu pula, semakin mendekatkan diri kita makhlukNya kepada Khaliqnya!!!!!!

Hayati Peristiwa ini


Seorang lelaki yang jauh menempuh perjalanan dari Morocco ke Madinah semata-mata hendak menemui Imam Malik kerana membawa beberapa persoalan yang ditanyakan oleh penduduk kampungnya.Perjalanannya mengambil masa berbulan-bulan lamanya sehinggalah akhirnya ia dapat menghadiri majlis ilmu Imam Malik.Di hadapan semua hadirin, beliau bertanyakan soalannya malangnya jawapan Imam Malik ialah : "Saya tidak tahu. Masalah ini belum pernah berlaku di dalam negara kami. Guru-guru kami tidak pernah berbicara tentang masalah ini.Kembalilah esok hari ".

Keesokan harinya lelaki itu bertanya lagi kepada Imam Malik akan jawapan bagi soalannya semalam. Imam Malik menjawab aku : "Aku masih belum tahu jawapannya. Apabila kamu kembali, beritahu penduduk kampungmu bahawa Malik tidak tahu " .

Imam Malik pernah berkata : " Jika seseorang mengabaikan kalimat 'saya tidak tahu' , maka ia telah jatuh ke dalam kebinasaan" .

Ilmu yang kita miliki ibarat setitis air dari lautan yang luas yang mana apabila ia dicari dan digali, semakin banyak pula perkara yang tidak kita ketahui. Setinggi dan sebanyak manapun ilmu seseorang itu , pasti ada perkara yang tidak diketahuinya. Apabila semakin banyak perkara yang kita tidak ketahui , maka kita akan berkata "aku tidak tahu" apabila ditujukan persoalan.

Namun..............

Atas kesedaran inilah ia akan menjadi motivasi untuk terus belajar dan mengkaji.Denagn sifat qanaah dan tawadhuk, kita  perlu memohon kepada Allah tentang hakikat dan jawapan bagi sesuatu persoalan....maka akan datanglah usaha dengan membaca , bertanya, berbincang dan mengkaji.Akhirnya dengan sikap sabar dan tidak putus asa maka sudah pasti Allah menunjukki kita jawapannya.

Benarlah ilmu itu tidak akan habis . Semakin kita mengejarnya, semakin banyak pula perkara yang kita tidak tahu.Tetapi dengan rahmat Allah , Dia akan mengilhamkannya kepada manusia, dengan syaratsabar dan ikhlas
 mencarinya.....insyaallah!!!


Penutup


Saya akhiri tulisan ini dengan kata-kata Said Bin Jubair . katanya : "Seseorang disebut  cerdik pandai (ulama) selama ia terus belajar.Apabila ia telah meninggalkan ilmu dan merasa cukup dengan apa yang ia miliki pada saat itu ia telah menjadi orang jahil".

Sekadar ingatan dan renungan silam.......
Para Ilmuan Islam yang termasyhur :

Hamka : Sasterawan Islam
Ibn Haitham : pakar ilmu Fizik
Ibnu Jabir Bin Hayyan : pakar ilmu Kimia
Al-Batani : pakar ilmu Falak / Astronomi
Ibnu Sina : pakar ilmu Perubatan
Imam Ghazali : pakar ilmu Tauhid
Al-Khawarizmi, Al-Jabir : pakar ilmu Matematik
Imam Muslim,Imam Bukhari : pakar Hadis
Imam Ahmad , Imam Abu Hanifah, Imam Syafie, Imam Malik : pakar ilmu Feqah



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...