Tinta Dari Dasar Hati Insan ....

BAGAIMANA MEMILIKI SABAR?


 Makna sabar sangat luas.Setiap hari dalam kehidupan kita sentiasa menuntut kesabaran yang tidak terperi.Sebelum ini telah dituliskan akan sabar di bawah tajuk Mengenali sabar. Di bawah artikel itu diterangkan tahap-tahap sabar dan contoh-contohnya mengikut situasi.Sebagai kesinambungan artikel tersebut, kini bagaimana pula untuk memperolehi sabar....

Sabar  dan kaitannya dangan akal

Akal berkait rapat dengan sabar. Kenapa saya katakan demikian. Lihat situasi seseorang itu apabila ia berada dalam keadaan marah atau tidak sabar

a)Akal tidak waras
b)Fikiran tersentak
c)Hilang pertimbangan
d)Memutuskan segala idea

Dari keterangan di atas, dapat disimpulkan bahawa sabar itu  ialah mengambil masa sesaat atau seketika untuk berfikir.Apabila semua perkara a, b, c, dan d di atas terjadi pada seseorang itu  dalam menghadapi sesuatu perkara sukar atau musibah, maka dapat dikenalpasti ianya telah hilang sabar.

Bermula akal yang waras dan berfokus akan membentuk hati yang tenang, maka persepsi akan menjadi positif, akhirnya sesorang itu dapat mengawal dirinya seterusnya ia telah berjaya bermujahadah dalam dirinya dengan sifat-sifat sabar.

Oleh demikian itu, latihlah diri kita dengan sifat sabar kerana hidup ini sentiasa berhadapan situasi yang  menuntut pertimbangan akal dan sifat sabar. Apabila akal kita dapat difokuskan dalam setiap pekerjaan yang dilakukan, hati akan menjadi tenang.Sedangkan memiliki hati yang tenang itu sangat berharga nilainya.


Penutup

Letakkanlah sabar itu pada akal bukan pada hawa nafsu.Dengarkanlah nafasmu yang sentiasa turun dan naik tanpa henti tidak mengira masa . Kamu takkan mendengar  dan merasai perjalanannya kecuali di dalam jiwa yang tenang.

Saya tertarik dengan kata-kata Ibnu Qayyim : " Sabar adalah menahan jiwa dari berputus asa,mereda amarah yang bergelojak, mencegah lisan berkeluh kesah, menahan anggota badan dari berbuat kemungkaran".

Ingatlah Sabar itu separuh daripada iman dan Allah beserta bersama-sama orang yang sabar !!

Kesabaran kami pernah diuji apabila Adam hilang . Lihat :


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...