Tinta Dari Dasar Hati Insan ....

DI MANA SILAPNYA?



Sudah 10 tahun aku mengajar di sekolahku. Sekolah yang majoriti pelajarnya berbangsa Cina.Manakala pelajar Melayu hanya terdapat 50 orang dari Tingkatan 1 hingga 5.Aku mula memerhati  menilai  dan membanding beza antara  pelajar dari 2 bangsa ini.

Jelas, pelajar Melayu lebih tertinggal dari pelajar berbangsa Cina. Kenapa saya berkata demikian? Lihat senarai perkara di bawah ini:

Lemah Dalam Pelajaran

Pelajar Melayu lebih tertinggal dalam pelajaran terutamanya subjek Matematik.Jika ada pun yang cemerlang hanya satu dua orang sahaja dan merekalah yang dibangga-banggakan. Selebihnya ada yang tidak lulus.

Tidak Proaktif

Tidak aktif berpersatuan. Mereka seperti duduk di zon selesa dan hanya menunggu guru ( Guru Penasihat Persatuan) mengarahkan sesuatu tanpa bertindak sendiri terlebih dahulu.Apabila disuruh membuat surat rasmi,minit mesyuarat,senarai aktiviti tahunan, kad jemputan,sijil,laporan bendahari dan sebagainya mereka akan berkata kami tidak tahu buat.

Aku Cemburu

Aku pula duduk di sebelah guru yang dilantik menjadi ketua Guru Penasihat St. John Ambulans.Setiap hari ada sahaja pelajar badan uniform tersebut berurusan dengan gurunya.Banyak yang mereka bincangkan dan aku lihat guru mereka hanya memberi bimbingan , teguran dan menurunkan tandatangan sahaja.i

Berbeza dengan aku contohnya seperti hari ini sepanjang hari  aku menyiapkan sijil untuk pelajar tingkatan 5,walaupun dibantu oleh barisan AJK baru.Jika persatuan lain ( pelajar Cina ) setiausaha mereka dah siapkan semua tu hanya meminta guru  mereka memastikan sijil tersebut ditandatangani oleh Pengetua pula.

Pelajar Melayu  Miskin?

Belum lagi nak cerita buat surat, mereka akan jawab tak de komputer,printer tak de,ink habis, tak tahu buat dan sebagainya.Miskin sangatkah pelajar Melayu ini? Bangsa lain pula kaya sangat ke?Sedangkan ini negara orang Melayu....!!!!


Kesimpulannya

Inilah cabaran dan bebanan yang aku hadapi.Aku tidak tahu pula jika hal  ini tidak berlaku di sekolah lain.Mungkin di sekolah lain pelajar Melayu khususnya tidak seperti pelajar di sekolahku.Tambahan pula pelajar melayu sekolahku minoriti.Tetapi aku rasa itu bukan alasannya.Bagaimana pula bangsa lain yang hidup di negara Melayu lebih ke hadapan dan mempunyai vision.....?

Segeralah berubah bangsaku!!!!!!!!!


1 comment:

MyZone~theUn4given said...

rasa2 sama je kot ngan skolah lain..hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...