Tinta Dari Dasar Hati Insan ....

ALHAMDULILLAH SYUKUR

 
Alhamdulillah ibuku kembali sihat sediakala. Sewaktu menerima berita dia ditahan wad, aku dah lemah semangat dan tidak berdaya,masakan tidak kerana ibulah sahaja orang tua yang aku ada.

Mulanya aku sangka ibu mengidap hepatitis . Ahli keluargaku memberitahuku muka dan mata ibuku kuning, manakala perutnya membengkak. Hati siapa yang tak gundah gulana. 
 
Setelah 4 hari ibuku di tahan wad, baru aku dapat menziarahinya . Sebelum itu aku bekerja  jadi tak fokus,resah  gelisah Akhirnya aku tiba di Hospital Sg. Buloh dan aku dapat melihat wajah  sedih ibuku sedang  terbaring menahan sakit . 

Aku  berasa puas walaupun hanya dua hari dapat menjaga ibuku di hospital.Sebelum ini  2 kakakku bergilir menjaganya. Kekadang malam ibuku tidak boleh tidur dan kami berbual hingga 4 pagi. Ujian Allah ini kami sekeluarga menerimanya dengan sabar dan redha. Seingat aku ibuku tidak pernah masuk hospital.

Aku berdoa dan memohon padaMu ya Allah…..jangan biarkan ibuku menderita . Sudah cukup selama hidupnya  berulam  keperitan  mencengkam jiwa  dalam rumahtangganya sendiri. Tiada kebahagiaan malah pengorbanan  yang tidak terperi  pula yang dituntut demi memelihara kami anak-anaknya……

Amien……..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...