Tinta Dari Dasar Hati Insan ....

PERSOALAN ASAS IBADAT PUASA



1.Pak Mat pitam semenjak dari pagi hingga tengahari sedangkan dia berpuasa
Hukum : Puasanya adalah sah
Alasan  : Dia pitam hanya separuh hari sahaja kerana pitam yang membatalkan puasa ialah pitam sepanjang hari dari terbit fajar hingga terbenam matahari

2.Salmah niat puasa Ramadhan selepas naik fajar kerana terlupa niat pada malam hari
Hukum  : puasanya tidak sah
Alasan   : Niat puasa Ramadhan hendaklah dilakukan pada malam hari sehingga sebelum terbit fajar

3.Munah yang berpuasa muntah di atas kapal yang ditumpanginya dalam pelayarannya ke Mekah kerana mabuk laut
Hukum : Puasnya adalah sah
Alasan  : Muntah yang membatalkan puasa ialah muntah yang disengajakan sedangkan Munah muntah tidak disengajakan

4.Salim tidur sepanjang hari sejak sahur hingga terbenam matahari padahal dia sedang berpuasa
Hukum :puasanya adalah sah 
Alasan : Tidur bukanlah perkara yang membatalkan puasa

5. Seorang ibu yang mengandung berbuka puasa kerana takut keselamatan anak dalam kandungannya
Hukum : Harus atau tidak berdosa
Alasan : Ibu yang mengandung  yang bimbangkan keselamatan anak di dalam kandungannya dihaha dan diharuskan berbuka puasa tetapi dia diwajibkan qadha dan fidyah

6.Fatimah menunaikan puasa Ramadhan tanpa niat pada waktu malam
Hukum :Puasanya tidak sah
Alasan : Niat puasa ramadhan hendaklah dilakukan pada waktu malam sahaja sebelum terbit fajar

7. Syarifah melahirkan bayi sedangkan dia berpuasa di bulan ramadhan
Hukum : Puasanya batal
Alasan :  Melahirkan bayi atau bersalin adalah salah satu perkara yang membatalkan puasa

8.Jamil makan pada siang bulan ramadhan dalam keadaan terlupa yang dia berpuasa
Hukum :Puasanya adalah sah
Alasan : Makan dalam keadaan terlupa tidak membatalkan puasa

9.Fadzil berasa pening dan termuntah sedangkan dia berpuasa
Hukum : Puasa adalah sah (tidak batal )
Alasan :Dia termuntah secara tidak sengaja
10.Maimunah menggosok gigi pada pukul 3.00 petang sedangkan dia berpuasa Ramadhan
Hukum : Puasanya sah
Alasan : Gosok gigi hanya makruh sahaja

11.Jamilah berniat puasa pada malam hari setelah kering haidnya sebelum mandi hadas besar
Hukum : Puasanya adalah sah
Alasan : Niat puasa ramadhan itu tidak disyaratkan suci daripada hadas besar

12.Mohamad mendapat suntikan mencegah taun semasa puasa nazar
Hukum : puasanya sah
Alasan : suntikan bukan salah satu perkara yang membatalkan puasa

13.Seorang berpuasa mencabut giginya di siang hari kerana sakit
Hukum : Mencabut gigi bukan perkara yang membatalkan puasa

14. Ramlah berniat puasa sunat pada pukul 10.00 pagi sebelum melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa
Hukum : Puasanya adalah sah
Alasan : Niat puasa sunat boleh dilakukan pada waktu  siang sehingga sebelum gelincir matahari

15.Seorang menderma darah sedangkan dia berpuasa 
Hukum : Puasanya adalah sah
Alasan : Menderma darah tidak termasuk dalam perkara yang membatalkan puasa

16.Seorang yang berhadas besar mengqhadakan puasanya sebelum mandi wajib
Hukum : Puasanya adalah sah
Alasan : suci dari hadas besar bukan menjadi syarat sah puasa

17.Seorang perempuan yang kering darah haidnya berpuasa Ramadhan sebelum mandi hadas besar
Hukum : Puasanya  adalah sah
Alasan : Mandi hadas besar bukan menjadi syarat sah puasa


18.Seorang suami mengqhadakan puasa isterinya yang sakit
Hukum : Tidak sah qhada puasanya
Alasan : Tidak boleh mengqhadakan puasa orang yang sakit.Orang sakit yang tiada harapan sembuh diharuskan meninggalkan puasa dan diwajibkan ke atasnya membayar fidyah

19.Seorang berhadas besar mengqhadakan puasanya sebelum mandi wajib
Hukum : Puasanya adalah sah
Alasan : Mandi hadas besar bukan salah satu syarat sah puasa


20.Seorang berniat puasa ramadhan sebelum gelincir matahari
Hukum : puasanya tidak sah
Alasan : Niat puasa ramadhan mestilah dilakukan pada malam hari




Semoga jawapan dan alasan bagi setiap persoalan di atas dapat membantu menyelesaikan kemusykilan yang dihadapi sepanjang menjalani ibadah puasa.Wallahua'lam.....



7 comments:

Anonymous said...

ima kacih ,ima kacih ^_^..banyak menjawab soalan saya

Anonymous said...

bgus sngguh ulasan kmi itu...!tahniah!!!!

jati with beras said...

na tnye lgi soalan buleh thax ? ? ?
^_^

ismizar said...

jati with beras : ya silakan...insyaallah

Anonymous said...

Zila mengalami gastrik di tghari semasa dia berpuasa..adakah dia perlu mengantikan puasa beliau jika dia berbuka awal(puasa se-tghari)? Adakah istilah puasa separuh hari,samada ia sah atau tidak?

Ainaa Kamal said...

Maaf ye.. Saya ada keraguan sikit, bukankah tidur spnjg hari itu boleh membatalkan puasa kerana kita tidak sedar sepanjang hari ? Jika saya silap. .Betulkanlah saya

Ainaa Kamal said...

Tidak sah puasa separuh hari kerana puasa itu ialah menahan diri dr lapar dan dahaga serta perkara yg membatalkan puasa dr terbit fajar hingga terbenam matahari disertai dengan niat.. Jika berbuka puasa kerana gastrik org itu perlu ganti puasa semula .harap menjawab soalan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...