Tinta Dari Dasar Hati Insan ....

TAUBAT RAMADHAN



Seperti biasa hari itu aku menuju ke Kelas Agama untuk mengajar  Pendidikan Islam  .Belum sempat aku membuka mulutku sebagai intro untuk memberi Latihan Ulangkaji kepada pelajar sebelum menjelang peperiksaan,seorang pelajar tiba- tiba berkata padaku....


Katanya : Ustazah ..! saya nak beritahu ustazah sesuatu...
Aku mengerutkan dahiku

Katanya : Saya nak bertaubat.....saya dah banyak buat dosa....dia meneruskan
Aku hanya mendengar tanpa sebarang  respon...

Katanya : Saya banyak lihat adegan seks dalam internet....(sambil menundukkan mata dan wajahnya mungkin malu )
Astaghfirullah kata hatiku...

Katanya : Saya dah tak  tertanggung dosa ini lagi...saya rasa sesuatu yang berat dalam hati saya...saya juga selalu mimpi mengerikan.Saya juga tidak merahsiakan perkara ini dari ibu bapa saya...

Sejak bila .....?  tanya saya.Katanya : dari saya tingkatan satu lagi....saya juga ada beritahu kawan saya...kerana saya percaya pada dia...saya juga nak beritahu ustazah...


Saya akhirnya memberi respon lalu berkata : itu tandanya dosa mengejar dan menghantui diri kamu....dia mengangguk.Syukurlah pada Allah kerana dengan petunjuk dan hidayah Nya di bulan rahmat ini,awak dengan rela hati membuat pengakuan ikhlas ini...tak semua orang mampu buat seperti kamu ini.

Tambah saya lagi :Lepas ini bertaubatlah dan banyakkan berpuasa serta membaca al-Quran.Dengan cara itu nafsu dapat ditewaskan...dia hanya mengangguk

Hatiku berasa kasihan kepadanya.Aku tak memandangnya hina malah  aku mengganggap dia antara salah seorang   remaja yang menjadi mangsa teknologi kini.Saya percaya masih ramai lagi remaja lain yang  melakukan sepertinya .Remaja yang sepatutnya tidak tercemar dengan perkara-perkara negatif,berjiwa  bersih dan memiliki minda yang jernih.

Remaja kini menghadapi cabaran yang sangat besar.Tanpa bekalan iman dan taqwa ,bimbingan ibu bapa dan keprihatinan masyarakat,mereka hanyut di bawa arus gelombang dosa dalam hidup mereka.....

Aku berdoa semoga pelajarku ini diberi kekuatan dan perlindungan Allah ke atasnya agar ia dapat mengharungi hidupnya yang masih panjang ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...