Tinta Dari Dasar Hati Insan ....

KEISTIMEWAAN & KEUNGGULAN ISLAM


Keistimewaan  dan Keunggulan Islam dapat dilihat pada beberapa aspek di bawah :

1. SYUMULIYYAH

Maksudnya ajaran Islam itu lengkap dan sempurna meliputi kehidupan di dunia dan di akhirat. Kesyumulan  Islam dalam kehidupan terbahagi kepada dua bahagian iaitu :

a) Ibadat Khusus (hubungan manusia dengan  Tuhan ) seperti solat,puasa dan zakat
b) Ibadat Umum ( hubungan sesama manusia ) seperti ekonomi , politik dan pendidikan

Prinsip-prinsip Syumuliyyah ialah :

a)Kesempurnaan hanya milik Allah
b)Semua makhluk tunduk pada peraturan Allah swt
c)Manusia dilantik sebagai khalifah di dunia

2.WAQI'IYYAH

Maksudnya Islam itu realiti dan praktikal

Prinsip Waqi'iyyah ialah :

a)Praktikal bukan utopia
b)Menyelesaikan masalah
c)Menekankan kesederhanaan
d)positif terhadap pemikiran

Kesederhanaan dalam Islam boleh dilihat melalui aspek berikut :

a)Akidah : memepercayai sesuatu berdasarkan dalil
b)Ibadat  : Tidak ringan dan tidak membebankan
c)Kerohanian dan kebendaan : seimbang antara dunia dan akhirat
d) Undang-undang : tidak bercanggah dengan fitrah
e)Individu dan masyarakat : setiap individu mempunyai hak dan tanggungjawab

3. 'ALAMIYYAH

Maksudnya Islam sesuai bagi semua manusia tanpa mengira bangsa,tempat dan zaman

Prinsip-prinsip 'Alamiyyah ialah :

a) Manusia sebaik-baik kejadian
b)Keadilan Islam bersifat sejagat
c)Islam sentiasa menegak kebenaran dan mencegah kemungkaran
d)Islam menjamin hak asasi manusia

Antara hak asasi yang dijamin oleh Islam ialah :

a)Kebebasan bersuara
b)Kebebasan beragama
c)Kebebasan memiliki harta
d)Melindungi nyawa
e)Memelihara kehormatan
f)Memelihara kehormatan
g)Memelihara harta benda
h)Mengutamakan keamanan


Bukti Islam bersifat 'Alamiyyah:

a)Bidang perundangan : perundangan Islam dapat diterima semua manusia,Islam mementingkan perdamaian,keadilan Islam bersifat menyeluruh,Islam sentiasa membela kebenaran dan menentang kebatilan

b)Bidang sosial : tiada paksaan dalam Islam, setiap manusia bebas mengamalkan kepercayaan masing-masing,bebas mengeluarkan pendapat,bebas memiliki harta yang halal

c)Bidang Ibadat :Fardhu ain dan fardhu kifayah adalah satu kewajipan umat Islam,setiap ibadat dilakukan mengikut kemampuan seseorang,setiap pekerjaan dikira ibadat apabila cukup syarat,setiap amalan akan dibeli balasan


4.MURUNAH

Maksudnya ialah Islam bersifat luwes atau anjal iaitu ia boleh berubah mengikut kesesuaian, namun masih tetap atas  prinsip asas (thabat )

Prinsip Murunah ialah :
a)Islam agama yang mudah
b)Ia boleh dilaksanakan mengikut kemampuan dan keadaan

Kelebihan sifat murunah :
a)Menunjukkan Islam bersifat toleransi
b)Menarik minat orang bukan Islam
c)Menggalakkan umat Islam mentaati perintah Allah
d)Memastikan kesinambungan ajaran Islam

Begitulah keterangan mengenai keistimewaan dan keunggulan Islam, satu agama samawi yang diterima di sisi Allah.Berbeza dengan agama budaya iaitu kepercayaan  dan ajaran yang dihasilkan melalui cita-cita dan pemikiran tanpa bimbingan wahyu. Agama Islam mempunyai kitab suci iaitu al-Quran,bersifat mutlak dan universal dan ajarannya kekal dan lengkap manakala agama budaya bersifat setempat,sentiasa berubah atau tidak kekal  dan serba kekurangan.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...