Tinta Dari Dasar Hati Insan ....

Di MANA SENSIVITI KITA




Mengenang kembali peristiwa 16 Mei 1969 ada baiknya...peristiwa yang mengajar bangsa lain tentang maruah agama Islam dan negara kita. Betapa orang Melayu dahulu sangat sensitif dengan 2 elemen yang disebutkan tadi.

Kini banyak peristiwa-peristiwa yang berlaku telah merobek sensitiviti orang Melayu.Terkini peristiwa pembunuhan Sosilawati yang sangat tragis dan kejam.Namun di mana sensitiviti Melayu terhadap maruah bangsa dan agama kita? Walaupun ramai masyarakat di luar sana mengutuk sekerasnya pembunuhan kejam ini...tetapi ada segelintir yang bersikap membisu dan berpeluk tubuh,hanya berdiam diri tanpa diketahui sebabnya.Sedangkan  mereka adalah pihak yang lebih bertanggungjawab dan beroutoriti membela agama dan negara.

Pihak polis pula dipuji kerana kecekapan dan kepantasan menangkap penjenayah seolah-olah selepas ini akan ada peristiwa tragis lain yang bakal berulang yang sepatutnya dicegah lebih awal.

Saya menulis ini sekadar meluahkan perasaan kerana merasa sensitiviti agama dan tanah air kita yang telah tergadai sekian lama.Bilakah kita akan menjadi sehebat sahabat-sahabat nabi yang berani berjuang di medan perang apabila Rasulullah Saw  mengisyhtiharkan perang mempertahankan maruah agama Islam?


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...