Tinta Dari Dasar Hati Insan ....

LUQATAH ( BARANG TEMUAN )


Pengalaman menemui sesuatu barang berharga tentunya pernah dialami oleh kebanyakan orang ramai. Lalu dengan sikap kita yang jahil, kita mengambilnya tanpa hak dan menjadi milik sendiri . Di sini diterangkan apa yang perlu dilakukan apabila menjumpai sesuatu barang berharga.

Luqtah ialah setiap harta yang hilang dan tidak diketahui siapa pemiliknya. Umpamanya wang tunai,pakaian,sejumlah makanan yang banyak. Ia sama ada ditemui di jalanan,dalam masjid atau rumah kosong atau dalam kereta.

Terdapat 3 hukum dalam hal ini mengikut situasinya :

a) Sunat - jika seseorang menemui harta tersebut , sunat baginya mengembalikan harta tersebut kepada pemiliknya kerana perbuatannya itu dianggap menolong orang lain seperti yang diperintahkan agama

b) Wajib - jika seseorang itu menemuinya dalam keadaan ia khuatir jika barang tersebut akan  rosak ,wajib ia mengambilnya

c) Makruh - jika seseorang itu tidak mampu untuk memenfaatkan harta tersebut , makruh ia mengambilnya.

Pengumuman Luqtah dan Tempohnya

Wajib bagi setiap  muslim yang baligh dan berakal mengumumkan barang yang ditemui dan menanyakan siapa pemiliknya, lebih-lebih lagi jika barang tersebut dalam jumlah yang banyak dan sangat dicari oleh pemiliknya.Pegumuman itu hendaklah diberi tempoh. Ada 2 keadaan :

a)Apabila harta itu dalam kadar yang sangat banyak, maka tempoh pengumumannya dipanjangkan sehingga setahun dan diserahkan kembali kepada  pemiliknya yang telah ditemui. Jika pemiliknya tidak ditemui, ia wajib memenfaatkannya dan menjamin nilai harta tersebut. Ini bermaksud jika pemiliknya datang menuntut hartanya itu,hendak dikembalikan semula mengikut nilai sesuai dengan kadar harta yang hilang tersebut.Harta tersebut juga boleh disedeqahkan dengan syarat ia dapat menjamin harta tersebut.Sebahagian ulama' berpendapat diharuskan orang miskin yang menemuinya memenfaatkannya manakala bagi orang kaya pula harus dijaga harta tersebut sehingga datang pemiliknya.

b) Apabila harta itu dalam jumlah yang sedikit, maka diwajibkan membuat pengumuman selama 3 hari . Jika pemiliknya tidak datang menuntut, harta tersebut harus dimenfaatkan



Perkara ini berdasarkan riwayat dari Zaid Bin Khalid al-Juhani r.a katanya : " seorang lelaki datang menghadap Nabi saw untuk bertanya tentang barang yang ditemuinya" . Rasulullah saw bersabda :" Umumkanlah kepada orang ramai mengenai bentuk dan talinya (bekasnya), kemudian umumkanlah dalam masa setahun, sekiranya datang tuannya, maka serahkanlah kepadanya, sekiranya tiada yang datang , maka terserahlah kepadamu".

Dalam sebuah hadis  disebutkan dari Abu Sa'id  dari Ali r.a bahawa telah datang kepada Nabi saw  seseorang dengan membawa satu dinar yang ditemui di pasar. Nabi bersabda : " Umumkanlah selama 3 hari".Lalu ia melaksanakannya, dan ia tidak menemui pemiliknya kemudian Nabi saw bersabda:" Makanlah".
( Riwayat Abdul Razaq)

والله اعلم

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...