HAKIKAT SABAR
Rasulullah saw bersabda bermaksud : "Sabar adalah khazanah di antara khazanah-khazanah syurga"
Sabdanya lagi bermaksud : "Sesungguhnya kamu semua tidak akan mendapat apa yang kamu sukai kecuali dengan kesabaran atas apa yang kamu benci"
Dari hadis di atas, dapat kita fahamkan sabar itu umpama azimat dan tangkal yang perlu dimiliki dan untuk memperolehinya , memerlukan usaha yang berterusan atau bermujahadah. Bagi memperolehinya, terlebih dahulu kita mengenali apa itu sabar .
Dua Tahap Sabar
a) Tahap yang tinggi apabila menahan ajakan nafsu yang memerlukan kesabaran yang berterusan
b) Tahap yang rendah apabila nafsu tidak dapat ditewaskan kerana kesabaran yang lemah
Ada dua tanda pula bagi sabar yang ditahap rendah iaitu :
a)Apabila ia rindu untuk bertaubat tetapi suadah tiada daya upayanya untuk bertaubat kerana telah terhalang atau berputus asa
b)Apabila hatinya sedikitpun tidak mahu bertaubat kerana menganggap Allah Maha Pengasih . Maka mereka ini seumpama muslim yang telah ditawan oleh orang kafir.
Manusia Dan Nafsunya
Ada dua keadaan atau bentuk yang menimpa seseorang dalam kehidupan :
A) Perkara yang bersesuaian dengan hawa nafsunya
Contohnya sihat,selamat , kaya, berpangkat dan ramai keturunan.Keadaan ini lebih memerlukan sabar bersamanya. Bila alpa,maka mudah ia berbuat dosa dan hanyut mengikut hawa nafsunya.Oleh itu kita lihat betapa ramai yang dapat bersabar ketika ditimpa musibah tetapi segelintir pula yang bersabar apabila berada dalam kesenangan.
B) Perkara yang bertentangan dengan hawa nafsunya
Hal ini terbahagi kepada 4 keadaan :
i) Sabar yang memerlukan ketaatan
Contohnya malas solat, bakhil,enggan mengeluarkan zakat. Mereka ini memerlukan kesabaran dengan 3 cara :
- Ikhlas beribadah
- Menghindari was-was
- Tidak sum'ah atau mengharap pujian
ii) Sabar ketika dalam kemaksiatan
Sabar jenis ini lebih berat , terutama apabila maksiat itu telah menjadi kebiasaan dan mudah dilakukan,
umpamanya mengumpat,berbohong , berdebat dan sebagainya
iii) Sabar ketika diganggu
Manusia itu tidak lepas dari dihina, dicela, iri hati dan hasad dengki. Maka sabar dalam situasi ini ialah
menahan diri daripada membalasnya
iv) Sabar ketika ditimpa musibah di luar kehendak
Umpamanya meninggalnya orang yang disayangi,musnahnya harta, sakit dan hilang anggota badan
kerana kemalangan. Musibah ini pula berlaku dalam tempoh waktu yang panjang atau kekal hingga kita
mati.Sabar jenis ini, berada di tahap yang tertinggi.
Penutup

Dapat dirumuskan dari keterangan di atas tentang sabar dan jenis-jenisnya mengikut situasi dan contoh serta darjat-darjatnya , dapatlah difahami dan dimengertikan sabar itu .
Persoalannya bagaimana untuk memperolehi sabar?
Tunggu huraiannya akan datang....!!
No comments:
Post a Comment