Tinta Dari Dasar Hati Insan ....

DAKWAHKU DI KELAS 4A SAINS




Loceng berbunyi jelas kedengaran  dan jam menunjukkan pukul 12.30 tengahari. Kini giliran aku pula masuk ke kelas 4A meneruskan pengajaran seperti biasa.
Waktu ini adalah 2 masa terakhir dan kebiasaannya pelajar mula resah dan membuat bising kerana masa  tamat sekolah  semakin hampir.
Pada waktu ini mereka   tidak menumpukan perhatian sepenuhnya pada guru dan pelajaran mereka  tidak sebaik waktu awal pagi persekolahan. Cabaranku di sini ialah terpaksa mengambil masa 10 ke 15  minit untuk mententeramkan mereka supaya pelajaran dapat disampaikan sebaiknya.
“Kelas   4A…!” jeritku...
“Boleh tak kamu  bertenang dan senyap?” ujarku lagi
Kelas senyap sebentar. Mereka yang semuanya berbangsa tionghua memandangku.
“Kamu percaya tak pada doa?” . Sebahagian pelajar menjawab perlahan , “Percaya….
“Saya nak bercerita  tentang  doa dan kaitannya pada seorang pelajar. Kisah ini adalah kisah benar”……..semua pelajar diam menanti kata-kataku seterusnya.
“Ia adalah kisah seorang  bekas pelajar sekolah ini tahun lepas dan telah memperolehi keputusan  yang baik dalam SPM”




DOA  SEORANG GURU

“Pelajar ini  sentiasa memperolehi B dalam mata pelajaran Bahasa Melayunya dan tidak pernah sekali pun mendapat A”
Aku sambung lagi . Mereka mula tertarik dengan ceritaku
“Sehingga  tiba keputusan SPM diumumkan , dia akhirnya  berjaya  mendapat A , lantas dia pergi menemui  guru Bahasa Melayu yang mengajarnya untuk mengucapkan terima kasih”
“Saya nak tanya kamu bagaimana pelajar ini akhirnya berjaya?” . Tiada pelajar yang menjawab.
“Mengikut cerita guru Bahasa Melayu tersebut, pelajar ini mempunyai  peribadi dan disiplin belajar yang baik . Menghormati guru , jauh sekali melawan kata guru”.

“Itulah hasil dari doa seorang guru kepada anak muridnya “ sambungku lagi
Seorang pelajar menjawab : “ kami tak tahu cikgu ada doa ma…”
“Ya…kamu tak tahu tapi itulah yang ada dalam hati seorang guru ……….”.
“Tidak mengira siapa yang kami ajar, jika pelajar tersebut baik dan menghormati guru, pelajar itu pasti berjaya hasil dari doa guru dan ibu bapanya”.

HIDAYAH ALLAH

Dakwah ringkasku pada mereka yang bukan beragama Islam ini diharapkan membekas di sanubari mereka. Aku tidak dapat  membaca apa yang ada di dalam hati mereka sama ada mereka menerima kisah yang kuceritakan tadi atau menganggap ia sekadar  sebuah cerita kosong  tanpa erti.
Walaubagaimanapun  harapanku  ia menjadi titik mula dan langkah awal bagi mereka mengenali Islam sebagai agama yang sangat indah. Jika tidak pada masa dan hari ini mereka memeluk Islam, mungkin suatu hari mereka mendapat hidayah Allah untuk menganut agama yang benar ini.
Sebagaimana  pada sambutan hari guru yang lepas, aku merasa sungguh terkejut apabila seorang pelajar perempuan (berbangsa Cina) memberi  hadiah kepadaku sehelai tudung . Apa yang terlintas di fikiranku saat itu ialah mungkin pelajar ini terlalu ingin merasa memakai tudung tetapi terhalang kerana bukan beragama Islam. Menurutku dia melihat perempuan yang bertudung itu sangat menarik pada perhatiannya.
Aku berdoa semoga Allah memberi hidayah kepada pelajar ini…..amien!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...