Tinta Dari Dasar Hati Insan ....

YAHUDI MAHU MEMINDA ALQURAN?


Sebelum Al-Quran diturunkan, terdapat 3  kitab lain yang diturunkan Allah iaitu kitab Zabur ,Taurat dan Injil .Namun semua kitab-kitab ini telah mengalami perubahan dan telah dipinda .Berbeza dengan kitab Al-Quran , Allah telah memeliharanya dari sebarang perubahan malah akan kekal sehingga hari kiamat .

Kisah yang akan disampaikan nanti akan menjadi bukti  kebenaran janji Allah tersebut . Pada zaman pemerintahan khalifah Al-Makmun dari Bani Abbasiyyah  telah mengadakan diskusi ilmiah di istananya . Majlis ilmu itu telah dihadiri oleh seorang yahudi yang rupawan dan berpakaian indah . Tutur katanya yang fasih menunjukkan lelaki tersebut mempunyai keluasan ilmu yang tinggi . 

Khalifah Al-Makmun mendekati lelaki itu dan mempelawanya memeluk agama Islam . Yahudi itu menjawab dengan kata : " Agamaku adalah agama nenek moyangku , janganlah tuan menekan dan memaksaku meninggalkan agamaku " . Setahun berlalu dan seperti biasa khalifah Al-Makmun telah mengadakan majlis ilmu di istananya dan pemuda yahudi tersebut hadir lagi ke majlis tersebut . Beliau kini lebih banyak menyebut tentang Islam . Apabila diselidiki yahudi itu telah memeluk agama Islam . 

Khalifah Al-Makmun mula bertanya kepadanya : " Bukankakah tahun lalu engkau datang ke mari sebagai musuh Islam ? Bahkan engkau menolak ajakanku untuk masuk agama Islam ? " . Jawab lelaki itu : " Wahai Amirul Mukminin , aku seorang sasterawan dan penulis yang handal . Sepulangnya dari majlismu , aku telah menyalin 3 kitab Taurat dengan menambah dan mengurang di sana sini . Kemudian aku menjual kitab tersebut di pasar dan ketiga-tiganya  laku . Kemudian aku menyalin 3 kitab Injil pula dengan perubahan di sana sini , lalu aku menjualnya di pasar dan ketiga-tiganya laku .

Tiba-tiba aku tergerak pula untuk membuat salinan AlQuran  dengan perubahan di sana sini . Kemudian aku membawanya kepada penjual kitab di pasar . Mereka meneliti kitab tersebut dan menemui  perubahan-perubahan di dalamnya . Mereka  marah dan mencampakkan buku tersebut ke mukaku . Sejak itu aku meyakini Al-Quran adalah sebuah kebenaran yang sentiasa terpelihara hingga kiamat . Aku pun masuk Islam " .

سبحان الله


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...