Tinta Dari Dasar Hati Insan ....

UMAT ISLAM DAN FITNAH DUNIA




Tahun lepas seluruh  dunia telah digegarkan dengan filem 2012 . Amatlah menyedihkan sekiranya  ada  sebahagian umat Islam  mempercayai akan berlakunya kiamat pada tahun tersebut sedangkan  dalam ajaran Islam , hanya Allah sahaja yang mengetahui  bila  terjadinya kiamat .Kita sebagai umat Islam harus mempersiapkan diri menolak dan menangkis dakyah-dakyah yang berunsur fitnah sehingga kita tidak mengusul periksa sesuatu perkara terlebih dahulu.

Di ketika dan saat umat Islam sentiasa dilanda fitnah, kita seharusnya kembali meniliti Al-Quran dan Hadis supaya kita dapat menghadapi  serangan-serangan yang sentiasa bermotifkan untuk melemahkan akidah dan kepercayaan umat Islam . Sesungguhnya Allah tidak zalim kepada hamba-Nya dan kerana itulah diutuskan Nabi dan Rasul sebagai utusan-Nya membawa berita . Baca dan kajilah Al-Quran dan Hadis yang banyak mengisahkan dunia akhir zaman dan fitnahnya yang harus diketahui oleh setiap umat Islam sebagai persiapan menghadapinya.

Ketahuilah musuh-musuh Islam sentiasa mencari jalan untuk menyesatkan umat Islam hanya kerana bara dendam yang tidak pernah terpadam beratus tahun lamanya .

Allah berfirman yang bermaksud : " Orang-orang Yahudi dan  Nasrani tidak akan senang kepada kamu
( Muhammad ) sehingga kamu mengikuti agama mereka . Katakanlah sesungguhnya petunjuk Allah itulah yang benar . Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu "
( Al-Baqarah ayat 120 )

Apa yang seharusnya dilakukan oleh umat Islam ialah sentiasa tetap berpegang kepada Al-Quran dan Hadis dan menjadikannya sebagai panduan menghadapi huru hara dan kemelut dunia yang tidak pernah berhenti dan menguji .



Kini dunia digegarkan pula dengan krisis di Mesir dan peristiwa ini telah pun disampaikan oleh Allah terlebih dahulu melalui utusan-Nya Nabi Muhammad saw dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Saidina Abu Hurairah , Saidina Abu Abbas dan Saidina Ali Abi Thalib iaitu : 

"..........Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1300 tahun , hitunglah lima atau enam , Mesir akan diperintah oleh seorang lelaki yang digelar sebagai Nashir , orang-orang Arab menyebutnya 'syuja'ul arab' ( Pemberani orang Arab ) , Allah menghinakannya dalam sebuah peperangan dan sebuah peperangan lagi . Dia tidak mendapat kemenangan . Allah menghendakki untuk memberikan kemenangan kepada Mesir , kemenangan sejati bagi-Nya , pada bulan yang paling dicintai-Nya dan milik-Nya. Maka Pemilik Rumah dan Bangsa Arab menyenangkan Mesir dengan Asmar Sadaa,ayahnya Anwaru Minhu - lebih bercahaya daripadanya , akan tetapi dia membuat perjanjian damai dengan pencuri - pencurii Masjidil Aqsa di negeri yang penuh duka . "

Sebenarnya banyak lagi hadis-hadis yang mengabarkan tentang  peristiwa-peristiwa besar dunia seperti perang dunia 1 dan 2 , juga peristiwa 11 Sept di WTC . Semuanya ini telah disampaikan oleh baginda Rasulullah saw sebagai peringatan dan persediaan untuk kita umat Islam .


Malangnya apa yang terjadi kini yang melanda sebahagian besar umat Islam ialah :

1) Umat Islam lemah kerana penyakit AlWahn
2) Mudah terpengaruh dengan gaya hidup barat
3) Islam kembali menjadi asing dan ditinggalkan
4) Agama diambil dari sumber fasiq 


Justeru marilah kita bersama kembali kepada Islam agama suci kita !!!

1 comment:

Pemerhati Dunia said...

Insyaallah, sama-sama saling memperingati.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...