Kemunculan ajaran dan fahaman yang sesat sering berlaku setiap zaman . Namun kita perlu menyedari bahawa ancaman di zaman ini bukan sekadar berhadapan dengan kesesatan aliran pemikiran tauhid dan metafizik Yunani . Akan tetapi kita sebenarnya berhadapan dengan aliran pemikiran moden yang berjaya mensinonimkan Islam dengan falsafah pemikiran barat. Tuntasnya mereka mengaku beragama Islam dan mengamalkan isi kandungannya tetapi menurut acuan dan perspektif barat.
Sekilas pandang , segala seruan , penampilan dan matlamat aliran tersebut begitu indah dan menarik . Tetapi ia sekadar indah khabar dari rupa apabila kemodenan dan perjuangan hak asasi yang diperjuangkan hanya bersifat kosmetik sahaja. Hakikatnya mereka hanya mendukung watak-warak munafik yang mengaku sebagai Islam tetapi hakikatnya mereka hanya mempergunakan dan memperkosakan kesucian Islam
Firman Allah maksudnya : " Orang-orang kafir itu merancang tipu daya dan Allah membalas tipu daya mereka itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya " . ( Al-Imran :54 )
Kemunculan fahaman Islam Liberal dan Pluralisme
Aliran yang diperkatakan di atas ialah apa yang dinamakan sebagai fahaman Islam Liberal . Fahaman ini berteraskan kebebasan individu tanpa sempadan . Ia muncul pada kurun ke 16 dan 17 ketika zaman Renaissance iaitu zaman golongan intelektual menyerang penyelewengan pihak gereja .
Zaman itu agama Kristian di kawal oleh Roman Katolik. Pihak gereja berkuasa penuh dalam menafsirkan Injil . Manakala orang awam tidak sama sekali dibenarkan menafsirnya . Mereka yang didapati menentang akan diseksa dengan pelbagai bentuk siksaan . Kesannya muncul pelbagai mazhab dalam Kristian seperti Protestan , Anglican , Prebisyterian dan sebagainya .
Setiap mazhab ini mempunyai jurang perbezaan yang sangat luas sehingga menjelmakan kaedah " Kebenaran itu tidak selamanya benar dan perlu dinilai semula " . Lalu masing-masing memahami Injil dengan bahasa dan tafsiran sendiri . Oleh itu dilihat perubahan akan dilakukan apabila dirasakan intisarinya tidak lagi relevan dengan keadaan semasa
Rentetan dari perkara di atas , muncul pula John Hick mempelopori pendapat bahawa semua agama boleh diterima kerana tujuannya yang satu cuma cara dan pendekatan sahaja yang berbeza . Maka lahirlah apa yang dikatakan pluralisme .
Menyedari serangan fizikal tidak mampu menggugat umat Islam , maka timbul alternative baru untuk menyerang Islam secara halus iaitu serangan pemikiran . Maka pihak barat yang diterajui Yahudi dan Kristian berusaha menggali ilmu Islam dan mengkaji sumbernya serta mencari apa jua kelemahan umat Islam yang boleh diserang . Akhirnya mereka menubuhkan bahagian pengajian Islam di universiti-universiti Eropah dengan menempatkan beberapa ulamak sebagai pensyarah jemputan bagi menarik minat umat Islam mendapat pendidikan di sana . Apa yang penting bagi mereka rancangan untuk meracuni pemikiran yang dihidangkan dapat ditelan dengan sempurna .
Lantaran itu tidak hairanlah kita dikejutkan dengan kemunculan Jemaah Al-Quran Malaysia (JAM) yang dipelopori oleh Kassim Ahmad dan Osman Ali suatu waktu dulu . Mereka begitu gigih mengajak masyarakat kembali kepada Al-Quran dengan pengolahan yang baru . Dalam masa yang sama mereka cuba menilai kembali kedudukan hadis yang menunjukkan bahawa mereka sebenarnya menolak hadis ( anti hadis )
Mutakhir ini muncul pula Jaringan Islam Liberal (JIL) di Indonesia yang dipimpin oleh Ulil Absar Abdullah . Kerancakan pemeikiran ini berterusan sehingga merebak ke negara kita . Maka lahirlah fahaman-fahaman yang senada dan seirama dengan pemikiran Ulil Absar oleh beberapa individu seperti :
a) Farish A. Noor . Beliau seorang ahli akademikyang berlatarbelakangkan pendidikan pendidikan sains , politik dan falsafah . Bertugas sebagai penganalisa akademik di Zentrum Mordener Orient , Berlin Jerman . Beliau telah mengeluarkan kenyataan bahawa Nabi saw telah mengadakan hubungan seks dengan 15 wanita termasuk seorang bukan Islam yang bernama Rayhana. ( NST, 4 Nov 2000 )
b) Akbar Ali - Beliau pernah mengeluarkan kenyataan menghina ulamak : " Mungkin serban-serban mufti terlalu ketat dan sebab itu tidak cukup oksigen masuk ke dalam otak mereka . Ulamak selalu mengeluarkan pengumuman yang tidak masuk akal dan bodoh " . (The Sun , 12 April 2000 )
c) Zainah Anwar - Beliau merupakan pengarah Eksekutif kepada Sister In Islam (SIS) . Beliau pernah menulis : ".....Sebarang penafsiran terhadap sumber-sumber Islam seperti Al-Quran bukanlah milik para ulamak semata-mata ( UM,26 Sept 2000 )
Kesemua mereka di atas tidak memberi impak gelora yang besar seperti di Indonesia ( JIL ) , namun dalm beberapa hal mereka dilihat sangat agresif mengkritik dan mencabar kedudukan agama Islam itu sendiri dengan pelbagai gaya dan ruang .
Bersambung ...........
No comments:
Post a Comment