Kuperhatikan pelajarku mula menitiskan air mata. Saya banyak dosa ustazah. Saya nak bertaubat. Dia menangis tanpa henti di hadapanku setelah secara terus terang menceritakan padaku akan dosa-dosa yang telah dilakukannya. Air mata keinsafan yang jernih mengalir deras membasahi wajahnya. Dia duduk menghadapku sambil wajahnya tunduk mungkin mengenangkan dosa-dosa yang telah dilakukan.
Ketika aku hendak menuliskan artikel ini aku teringatkan pelajarku ini beberapa bulan yang lalu ikhlas berterus terang sambil air matanya laju bercucuran penuh keinsafan. Ya air mata tidak dapat dipisahkan dengan manusia. Menangis kerana menginsafi dosa-dosa silam kerana takut akan azab dan seksa Allah.
Firman Allah yang bermaksud : " Dan bahawasanya , Dialah yang menjadikan seseorang itu bergembira (tertawa ) dan berdukacita ( menangis ) . (An-Najm : 43 ) .
Melihat ayat ini dapat difahami Allah lah yang mencipta ketawa dan tangisan serta mencipta sebab tercetusnya banyak air mata yang mengalir. Sumbernya dari mata , mengalir ke wajah dan terus jatuh ke bumi . Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering. Ia berlaku setiap hari tanpa putus seperti sungai yang mengalir ke laut. Jika air mata manusia itu dapat ditampung , maka banjirlah dunia ini.
Melihat ayat ini dapat difahami Allah lah yang mencipta ketawa dan tangisan serta mencipta sebab tercetusnya banyak air mata yang mengalir. Sumbernya dari mata , mengalir ke wajah dan terus jatuh ke bumi . Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering. Ia berlaku setiap hari tanpa putus seperti sungai yang mengalir ke laut. Jika air mata manusia itu dapat ditampung , maka banjirlah dunia ini.
Air mata pertama di dunia
Nabi Adam adalah manusia pertama menangis dan tidak berhenti selama 300 tahun kerana tersangat takut dan hiba terhadap dosa yang telah dilakukan.Ia bersujud di atas gunung dan air sehingga air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung pula telah meminum air mata Adam lalu berkata : " Manis sungguh air ini " . Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya, lalu bertambah hebat lagi tangisannya. Allah yang mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan : " Hai Adam ! Sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air yang lebih lazat daripada air mata taubatmu !"
Namun berhati-hati dengan air mata kerana ada tangisan yang sangat dicela disamping tangisan yang terpuji.
Antara contohnya ialah :
a)Menangis kerana cita-cita tidak tercapai
b)Menagis kerana sedih menonton filem hindustan
c)Menangis kerana cinta tidak berbalas
d)Menangis kerana gagal dalam peperiksaan
e)Menagis kerana hilang wang dan harta
f)Menangis kerana tidak dinaikkan pangkat
Oleh itu simpanlah air mata itu yang disebabkan dari perkara-perkara di atas kerana ia sudah pasti tidak memberi menfaat atau tidak dipandang oleh Allah Taala. Simpanlah semua air mata dan tangisan itu buat bekalan untuk menginsafi diri di atas segala kecuaian yang dilakukan , segala dosa yang menjadi titik hitam yang megkelamkan hati sehingga sukar untuk menerima hidayah Allah kelak.Pastinya tangisan kerana menginsafi dosa-dosa silam kerana takutkan azab Allah itu lebih mahal harganya kerana tangisan itu dapat memadamkan api neraka.
Rasullah saw bersabda : " Ada dua biji mata yang tidak tersentuh api neraka , mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut azab Allah dan dud biji mata yang menjaga pasukan fi sabilillah di waktu malam " .
Salman Al-Farisi berkata : "Aku menangis atas tiga perkara , iaitu : berpisah dengan Rasulullah saw . tatkala Izrail datang mencabut nyawa dan ketika aku tidak tahu sema ada ke syurga atau neraka " .
Air mata rahmat Allah
Air mata yang juga salah satu ciptaan Allah menjadi rahmat pada sekalian hamba-Nya. Bagaiman hendak memastikan tangisan itu menjadi rahmat Allah ialah melalui sabda Rasulullah saw bersabda maksudnya : " Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah 3 perkara :
a)Apabila dahinya berpeluh
b)Air matanya bergelinangan
c)Hidungnya keluar cecair seperti hingus.
Hal-hal di atas menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat ( Riwayat dari Salman Al-Farisi )
No comments:
Post a Comment