Tinta Dari Dasar Hati Insan ....

LUAHAN SEORANG GURU



Minggu yang sungguh memenatkan.Berbagai program harus disempurnakan ...setiap minggu terpaksa bekerja hingga kadangkala merasa bosan dan stress.  Setiap tahun melakukan kerja yang hampir sama...daripada mencari peserta ,menyediakan pelajar untuk menyertai pertandingan hingga membawa pelajar pergi dan balik ke tempat pertandingan dan selamat sampai ke rumah...semuanya perlu dilakukan dengan pantas disamping tidak meninggalkan p&p..tugas yang paling utama.Alangkah baiknya jika ada pihak lain  yang mengurus pelajar untuk menyertai  pertandingan sama ada peringkat sekolah atau daerah...ringan sedikit bebanan guru..malah rasanya p&p dapat diberi perhatian sepenuhnya tidaklah menggunakan chalk and talk lagi...apa tidaknya guru dapat meluangkan masa sepenuhnya menyediakan bahan p&p yang dapat menarik perhatian pelajar.

Itu belum termasuk kerja-kerja perkeranian yang perlu disempurnakan pada masa yang ditetapkan....terkejarlah guru sana sini memproses data.Kadang-kadang tidak dapat bersediapun untuk mengajar keesokan harinya hanya kerana hendak menyiapkan tugas lain.Pelajar pula menjadi mangsa..tidak dapat memahami pelajaran mereka dengan sebaiknya...

Bilakah sistem pendidikan di Malaysia hendak berubah......????

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...