Tinta Dari Dasar Hati Insan ....

KITA DAN RANCANGAN ALLAH




Kebanyakan masyarakat masa kini lebih gemar meramal masa akan datang . Contohnya melihat garisan pada tapak tangan , tafsir mimpi , mempercayai bomoh , percaya tangkal , percaya ilmu bintang , skim cepat kaya dan sebagainya. Semua   kepercayaan songsang dan khurafat ini telah menjadi sebati dalam  masyarakat Islam khususnya. 

Apakah puncanya?

1. Tauhid Akal

Pertamanya kita lihat dahulu apa yang dinamakan Tauhid akal. Lihat contoh ini. Seseorang berkata :" Apalah nak jadi pada diriku ini di masa akan datang, jadi miskinkah?". Ini contoh seseorang yang memiliki tauhid hanya pada akal sahaja . Dia menjadi takut pada pemikirannya sedangkan kemiskinan itu belum menimpa dirinya lagi.Dia menjadi penakut pada perkara yang belum berlaku.

2. Bagaimana menanganinya?

Berbeza pula jika seseorang itu memiliki Tauhid hati atau jiwa. Mereka ini sentiasa memperkuatkan ibadah dan selalu bermujahadah . Orang yang berjiwa tauhid , tauhidnya pada Allah sudah sampai ke peringkat hati. Mereka tidak takut, tidak gentar malah tidak langsung bimbang dalam kehidupannya.

3.Bagaimana mahu berjiwa tauhid?

a)Sentiasa bertafakkur memikirkan kebesaran Allah
b)Berpegang teguh kepada keimanan qadha dan qadar
c)Sentiasa melaksanakan perintah dan meninggalkan larangan Allah
d)Sentiasa berdoa  tanda kebergantungan dan memohon hanya kepada Allah 

Firman Allah yang bermaksud : "Janganlah kamu  takut kepada mereka sebaliknya takutlah kepada Aku"
(Al-Baqarah : 150)

Oleh itu berpegang teguhlah pada janji-janji Allah. Allah tidak pernah memungkiri janji-Nya.Semua rancangannya telah ditetapkan sejak azali lagi dan sudah tentu rancangan-Nya adalah yang terbaik untuk kita hamba-Nya.Sepertimana rancangan terbaik ibu bapa pada kehidupan anak-anaknya untuk hari muka!!!

Ingatlah sesungguhnya kita adalah makhluk yang sangat fakir yang  sentiasa memerlukan rahmat Allah , sedang Allah itu Maha Pemberi!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...