Tinta Dari Dasar Hati Insan ....

SIAPA LEBIH LAYAK MENGASIHI ?



Menarik kisah ini. Mari kita sama-sama menghayatinya....

Abu Hurairah meriwayatkan , Rasulullah saw bersabda ; " Ada seorang lelaki yang berlebih-lebihan dalam memenuhi hawa nafsu syahwatnya. Tatkala kematian menghampirinya, ia berpesan kepada anak-anaknya :

"Jika nyawaku nanti telah dicabut, bakarlah jasadku , jadikan seperti tepung kemudian biarkan angin menerbangkan abu jasadku itu. Demi Allah , sekiranya Allah menyeksaku , tentulah aku  akan diseksa dengan seksaan yang tidak pernah ditimpakan kepada orang selainku ."

Selepas kematiannya anak-anaknya melaksanakan apa yang diwasiatkannya.Kemudian Allah memerintahkan kepada bumi, kumpulkan seluruh abu yang telah berhamburan di tanah. lalu bumi melaksanakan apa yang diperintahkan Allah. Tiba-tiba jasad lelaki itu berdiri tegak.

Allah bertanya kepada lelaki itu : "Apa yang menyebabkan kamu melakukan hal itu?" 

Lelaki itu menjawab : "Kerana rasa takutku kepada-Mu"

Kemudian Allah mengampuni dosa lelaki itu....


(Lihat Buku 101 Kisah Dan Pengajaran Daripada Al-Quran,Hadis Dan Hayatus Sahabah Karangan Ustaz Zahazan Mohamed)



PENGAJARAN :

1.Rasa berdosa dan takut pada seksaan Allah perlu ada pada diri setiap manusia.Jika tiada dosa, apalah ertinya muhasabah, apa pula makna muhasabah , jika tidak mahu bertaubat....


2.Allah tidak menzalimi orang yang takut pada-Nya.Malah Keampunan  Allah itu  mendahuli taubat hamba-Nya....


3.Allah tidak pernah memungkiri janjinya . Allah tidak tahu berbohong.Allah janji akan mengampunkan setiap dosa kita dengan syarat bertaubat dan tidak mengulanginya lagi...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...