Tinta Dari Dasar Hati Insan ....

DOA ANAKMU

Photobucket

Tiba-tiba aku teringatkanmu ibu... terkenang akan susah payahmu membesarkan kami 9 orang...kita bukan dari keluarga yang senang..tambahan pula kau seorang ibu tunggal yang tidak mendapat apa-apa bantuan sekalipun bantuan sara hidup,tidak seperti ibu tunggal pada masa ini yang ditaburkan berbagai bantuan..Ibu ... jasamu tidak terbalas..susah payahmu tidak terperi...dari awal 4 pagi hinggalah orang lain sedang nyenyak tidur...kau masih bertungkus lumus mencari sesuap rezeki untuk kami...aku masih ingat dengan beberapa ekor ikan kembong itulah yang kami adik beradik bahagi sama..seorang kepala seorang ekor...aku pernah menangis kerana beralah pada adik-adik memberikan bahagianku...sarapan kita setiap hari  ubi dan bubur kepala ikan bilis..sedap mak...walaupun di saat ini ia bukan lagi santapan pagiku.. 

Aku bersyukur ya Allah...kini pengorbananmu terbalas dan Allah itu melihat penderitaanmu lalu engkau masih hidup melihat kami membesar dan berjaya dalam hidup..Kini aku mengharapkanMu ya Allah menjemput ibuku menjadi tetamuMu di Baitullah  dihujung usianya yang masih berbaki...Kau limpahinya kesihatan dan keberkatan umur agar dia dapat beribadat padaMu sebelum dipanggil ke alam barzakh..

Wahai anakku...kamu hidup tidak sepertiku sewaktu ketika dahulu...namun janganlah kau lupa dan alpa  dengan kemewahan dan kenikmatan dunia yang  sementara ini...semoga dengan rezeki kurniaan ilahi ini...kamu semua menjadi anak yang soleh dan solehah dan berbakti kepada agama dan negara....Amin

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...