Manusia dan kehidupan saling berkait dengan Al-Quran dan tidak boleh dipisahkan mengikut ajaran dalam agama Islam. Dalam diri manusia itu sendiri terkandung Al-Quran yang mengandungi banyak rahsia yang perlu difahami, dikaji dan diteliti . Al-Quran bukan semata-mata sebuah kitab yang boleh dibaca , dinyanyikan dan diamalkan malah ia satu pengisian dalam diri manusia itu sendiri yang perlu diterjemahkan dalam kehidupan manusia menuju mati ( sehingga hari akhirat ) . Masakan Al-Quran itu dikatakan syumul dan kekal terpelihara sehingga kiamat.
Al-Quran kini tidak ubah sebuah hikayat lama apabila segelintir golongan Islam hanya memandangnya sebagai sebuah kitab yang tidak lagi relevan dengan kehidupan sekarang .Ia hanya digunakan dalam acara dan program ritual masyarakat Melayu seperti musabaqah,bacaan untuk pembuka majlis , majlis khatam Al-Quran dan sebagainya sedangkan penghayatan dan pengisian Al-Quran itu sendiri tidak dipegang kukuh dalam setiap sanubari umat Islam.
Nama-nama lain Al-Quran itu sendiri jelas menunjukkan keajaibannya yang bukan sekadar sebuah kitab sahaja .Umpamanya : Al-Quranul Azim ( yang menjadi azimat ) , Al-Quranul Hakim ( yang bijaksana) dan Al-Furqan (yang membezakan hak dan batil ) . Nah, betapa hebatnya jika manusia memiliki ’Al-Quran’ dalam dirinya.
Sabda Rasulullah yang bermaksud :
Tidak dikatakan beriman kepada Al-Quran barangsiapa yang menghalalkan apa yang diharamkan oleh Al-Quran itu”
( Diriwayatkan oleh Tirmidzi )
Sabda Rasulullah lagi yang bermaksud :
Bacalah Al-Quran itu selama ia dapat mencegahmu ( dari perbuatan jahat ). Apabila ia tidak lagi menahanmu dari perbuatan itu , maka engkau belum membacanya ”.
( Diriwayatkan oleh Thabrani )
Anas berkata : ”Ramai orang yang membaca Al-Quran , tetapi Al-Quran itu sendiri melaknatnya”
Ibnu Mas’ud juga berkata : Al-Quran itu diturunkan untuk diamalkan isinya.Sesungguhnya ada di antara kamu,orang yang membaca Al-Quran dari permulaan hingga penghabisannya,tidak sehuruf pun ditinggalkannya,tetapi ia mengabaikan isi kandungannya .”
Dewasa ini ramai di kalangan umat Islam mula memahami,meneliti dan setrusnya mengkaji AlQuran sebagai khazanah ilmu.Walaubagaimanapun tidak ramai pula yang mengambil iktibar dari perkhabaran-perkhabaran yang terkandung di dalamnya.Manusi seakan lupa akan bencana ke atas umat terdahulu disebabkan dosa dan kemungkaran yang di lakukan di muka bumi Allah ini.Sedarlah manusia siapa kita dan ke mana kita akan menuju...
No comments:
Post a Comment