Tinta Dari Dasar Hati Insan ....

LAWATAN PAI KE UIA DAN PETRONAS



Alhamdulillah pada 9 Julai 2010 tempoh hari  Persatuan Agama Islam (PAI) telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar Ke Kuala Lumpur.Saya selaku guru Penasihat Persatuan Agama Islam sebelum itu telah menguruskan beberapa perkara untuk melancarkan program ini agar berjalan lancar.

Jam 6.30 bas mula bergerak .Semasa bas menghampiri Gemenceh,tiba-tiba kami mendengar satu bunyi yang sungguh kuat dan driver bas memberhentikan bas di tepi jalan...hampir setengah jam kami tersadai di tepi jalan rupa-rupanya salah satu besi di bawah bas telah patah...nasib kami baik apabila tidak lama selepas itu bas lain tiba untuk menggantikan bas yang telah rosak itu

Janji dengan pihak UIA kami akan tiba di sana lebih kurang pukul 10.00 pagi tetapi Allah berkuasa mengubah apa yang kami rancang apabila kami lewat tiba hampir pukul 11.00 pagi di atas kejadian yang tidak dapat dielakkkan itu.Tentu ada hikmahnya dan kami bersyukur tidak berlaku kejadian yang lebih buruk lagi lebih dari kejadian itu....

En. Ali orang yang bertanggungjawab menerima lawatan kami beberapa kali telah menelefon saya tetapi saya tidak mendengar nada dail telefon.Tiba di UIA kami disambut baik oleh En. Ali dan saya meminta maaf  dan memberitahu sebab kelewatan kami. Kami  dibawa masuk ke sebuah bilik  tayangan menonton video berkisar  tentang UIA.

Waktu hampir 12.00 tengahari kami sempat di bawa pula  mengunjungi perpusatakaan universiti yang sungguh besar dan moden.Pukul 12.30 kemudian kami dibawa pula En. Taufik ( pelajar UIA yang sedang melanjutkan pelajarannya di peringkat master dan membuat part time di sini) mengelilingi sekitar bangunan utama UIA yang sangat luas dan lengkap dengan prasarana untuk kemudahan penuntut UIA.

Walaupun jam telah menunujukkan hampir pukul 1.00 tengahari (hampir solat Jumaat) ,En. Taufik sempat melayan kami  menjamu selera di ruangan khas....di akhir lawatan tersebut kami sempat bergambar di perkarangan bangunan UIA.


Tepat pukul 2.15 petang pula kami mengunjungi pula Petrosains hampir 3 jam dan komen pelajar mereka sungguh teruja ketika berada di sini.Keluar dari Petrosains ,kami menuju pula ke Mid Velley tetapi hampir satu jam kami terperangkap dengan kesesakan lalu lintas...hampir pukul 7.30 malam barulah kami tiba di Mid Velley dan kami hanya sempat bersembahyang dan makan di sini hinggalah pukul 9.30 malam kami bergerak pulang ke Segamat dan selamat tiba hampir 1.00 pagi

Alhamdulillah semoga dengan lawatan ini ada di kalangan pelajarku yang menyambung pelajarannya di UIA sebagai penerus tugas-tugas Daie dan ulamak kemudian hari...Insyaallah amien....




2 comments:

E-thE said...

Salam ustazah.mcm mana prosedur nk buat lawatan ke uia ye?

E-thE said...

Salam ustazah.mcm mana prosedur nk buat lawatan ke uia ye?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...