Banyak barang-barang keperluan kini dah naik harga....minyak utamanya.Jika minyak naik harga , dijamin barang-barang lain akan naik juga walaupun pekedai dan peruncit dinasihatkan tidak menaikkan harga barang.Tapi apa yang berlaku kini rakyatlah yang menanggungnya.
Kita pula dinasihatkan tidak mengambil gula berlebihan...jadi pengeluarannya dibataskan supaya kita dapat menjaga kesihatan. Sehingga untuk Ramadhan ini barulah pengeluaran gula akan ditingkatkan kepada 15 peratus.
Sebelum ini ura-ura UPSR dan PMR pula nak dimansuhkan.Jika perkara ini berlaku, pantasnya mereka membuat keputusan tanpa kajian dan penyelidikkan.Dahulu kenapa memandai hapuskan yuran sekolah..sekarang dah makan diri...bila duit dah susut,timbul pula cadangan nak hapuskan peperiksaan.Jika ini berlaku selepas ini saya dan guru-guru yang menanda tidak lagi menanda kertas UPSR dan PMR nanti .Redha sajalah demi berkorban untuk negara...hehe...
Terfikir pula bagaimana dengan nasib yang bekerja di Lembaga Peperiksaan? Semakin ringan kerja atau sebahagiannya dibuang kerja?????
No comments:
Post a Comment