Saya mulakan artikel ini dengan firman Allah swt yang bermaksud : "Dan kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat? , dan kami telah menjadikan malam ( dengan gelapnua ) sebagai pakaian ( yang melindungi ) ?, dan kami telah menjadikan siang ( dengan cahaya terangnya ) , masa untuk mencari rezeki?
( An-Naba' : 9-11)
Allah sebaik-baik perancang .Sepertimana rutin seharian kita umpama makan , minum , bekerja dan sebagainya, kita juga perlukan tidur sebagai salah satu cara beristirehat pada malam hari . Tidur dapat memberi kesihatan kepada jasmani selain daripada kita bersenam . Hal ini kerana tidur adalah titik mula tenaga dan kekuatan baru di siang hari.
Tidur sebagai rahmat Allah
"Dan di antara rahmat dan pemberian-Nya. Ia menjadikan untuk kamu malam dan siang silih berganti supaya kamu dapat berehat padanya dan supaya kamu berusaha mencari rezeki dari limpah kurnia-Nya, dan juga supaya kamu bersyukur" (Al-Qasas : 73 ).
Sungguh pemurah dan pengasihnya Allah Taala kepada manusia yang telah diciptakan-Nya. Dengan rahmat dan belas kasihannya bumi sebagai tempat kediaman manusia diatur sedemikian rupa untuk keperluan kita hamba-Nya . Bagi-Nya kita bukanlah seperti robot yang tegak kaku hanya berfungsi dengan alat kawalan jauh. Namun Allah dengan ehsan-Nya tidak sekadar memerintahkan manusia hanya berkerja mencari rezeki dan beribadah di siang hari . Sebaliknya kita dapat tidur pula di malam hari melepaskan penat dan lelah setelah berurusan sepanjang hari .Sama-samalah kita bersyukur !!!
Tidur Sebagai Ibadah
Bagaimana pula kita hendak mendapatkan tidur yang dikira sebagai ibadah. Di sini disenaraikan tidur sepertimana yang diajarkan baginda Rasulullah saw yang perlu diambil perhatian iaitu :
a)Berwudhuk
"Apabila engkau mendatangi pembaringan ( tidur), maka hendaklah berwudhuk terlebih dahulu sebagaimana wudhukmu untuk solat " ( Riwayat Bukhari dan Muslim )
Ini bertujuan supaya tidur kita tidak akan diganggu syaitan dan iblis .
b)Membaca Doa
Amalkan doa dan surah-surah tertentu terlebih dahulu . Rasulullah saw sering mengamalkan surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas , kemudian bacaan itu dihembuskan di kedua-dua belah tangannya lalu digosok ke seluruh badannya selagi sampai tangannya ke bahagian anggota badannya. Bacaan tersebut diulang sebanyak 3 kali berturut-turut.
c) Perut tidak terlalu kenyang
Pastikan tidak mengambil makan yang terlalu banyak pada waktu malam kerana ia akan mengakibatkan anda mudah dijangkiti penyakit. Perut yang terlalu kenyang boleh menyebabkan lebih capat rasa mengantuk dan sukar untuk bangun awal pagi nanti .
d) Berazam untuk bangun awal
Caranya ialah dengan membaca surah Al-Kautsar sebanyak tiga kali sambil berniat dalam hati dan berazam untuk bangun awal . Pastikan tujuan bangun awal itu adalah untuk solat subuh di awal waktu.
e) Tidur Awal
"Baginda Rasulullah saw tidur di awal malam dan juga menghidupkan akhir malam" (Riwayat Muttafaq A'laih)
"Bahawasanya Rasulullah saw membenci tidur malam sebelum ( solat isya' ) dan berbincang-bincang ( yang tidak bermenfaat ) setelahnya " ( Riwayat Bukhari dan Muslim )
f) Bangun awal
Setelah terjaga dari tidur maka ucapkanlah syukur kepada Allah kerana telah memanjangkan usia dan masih diberi kesempatan untuk hidup . Berdoalah dengan doa " Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesedah mematikan kami , kepada-Mu kami kembali " .
Kemudian lakukan sedikit regangan untuk melonggarkan otot-otot badan supaya badan sentiasa cergas untuk bersedia meneruskan rutin seharin .
g) Cara tidur
Tidur yang menyihatkan ialah tidur mengiring sebelah kanan kerana kedudukan ini merehatkan jantung. Rasulullah sentiasa mengamalkan posisi tidur seperti ini. Sebaiknya tidur kita itu dalan keadaan menghadap kiblat .
Penutup
Produtiviti optimum seseorang itu dapat diperolehi adalah salah satunya dengan cara tidur yang mencukupi atau tidur awal dan bangun awal . Di samping menyihatkan badan fikiran akan menjadi cerdas dan emosi sentiasa stabil . Hari yang baik bergantung kepada permulaan yang baik
Jumpa lagi ....Insyaallah !!
No comments:
Post a Comment