Saya tertarik dengan petikan kata-kata Ustaz Zaharuddin di Facebook tempoh hari iaitu :
Rasulullah memasuki masjid lalu mendapati ada dua kumpulan sahabat, satu sedang berzikir & berdoa, satu lagi sedang mengajar & belajar. Baginda berkata kedua-duanya baik & berkata "aku dibangkitkan sebagai guru" kemudian baginda memilih majlis ilmu. (Riwayat Ibn Majah-sohih)
Maka saya suka untuk menulis artikel ini dan saya membahagikan tajuk ini kepada dua bahagian iaitu :
BAHAGIAN 1 : PERANAN AKAL FIKIRAN
Allah membekalkan manusia itu dengan akal sehingga kita menjadi makhluk istimewa kerananya . berbeza dengan makhluk yang lain .Sebab akal itu berperanan :
a)membezakan hak dan batil
b) mempertingkatkan iman dan amal
c)berfikir tentang kejadian alam dan tanda-tanda kekuasaan Allah
Allah membekalkan manusia itu dengan akal sehingga kita menjadi makhluk istimewa kerananya . berbeza dengan makhluk yang lain .Sebab akal itu berperanan :
a)membezakan hak dan batil
b) mempertingkatkan iman dan amal
c)berfikir tentang kejadian alam dan tanda-tanda kekuasaan Allah
Namun kita disuruh berfikir dengan cara dan garis panduan yang betul iaitu :
a)Mengetahui tujuan berfikir
b)Mengetahui perkara yang difikirkan
c)Mengetahui risiko yang akan berlaku
d) Mengetahui batas dan kemampuan akal
a)Mengetahui tujuan berfikir
b)Mengetahui perkara yang difikirkan
c)Mengetahui risiko yang akan berlaku
d) Mengetahui batas dan kemampuan akal
Apabila kita mengetahui cara – cara berfikir , kita akan dapat mengelakkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya berada di lingkaran pemikiran kita seperti berfikir tentang zat Allah , berfikir perkara-perkara lucah dan menyebabkan seseorang itu akan berfikir sebelum mendapat sebarang maklumat dan fakta yang jelas sehingga keluarlah fakta dan hujjah yang tiada diketahui sumbernya dan akan berkata mengikut emosi.
Saya tambah pula bahawa di samping kita memikirkan sesuatu , disarankan mengenalpasti dan meniliti akan adab-adab berfikir yang telah diajarkan oleh agama Islam iaitu :
- Berlandaskan sumber wahyu dan syariat Allah ( Hadis dan kitab-kitab muktabar ) Hadis Nabi yang bermaksud : Dari Abu Hurairah r.a dari nabi saw bersabda : Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara , kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang dengan kedua-duanya iaitu kitab Allah dan sunnah nabinya”
- Menggunakan akal fikiran yang waras. Jika tidak kita akan dianggap gila
- Terdapat maklumat dan fakta yang benar serta tepat
- Menggunakan bukti-bukti kajian saintifik
- Perlu kepada matlamat yang jelas
BAHAGIAN 2 : ILMU & BACA
Ayat pertama yang diturunkan Allah kepada utusan-Nya Rasulullah ialah Iqra ‘ yang bermaksud “Bacalah” . Secara tidak langsung ia menjadi perintah Allah kepada umat Islam supaya menuntut ilmu . Bagaimana untuk menuntut dan memperolehi ilmu ? Banyak cara untuk memperolehi ilmu sama ada melalui guru-guru, menguasai kemahiran membaca , belajar di institut pengajian ,pembelajaran kendiri seperti melayari internet dan sebagainya .
Firman Allah Taala :
Maksudnya :” Katakanlah wahai Muhammad , khazanah Allah swt ada di sisiku dan aku tidak mengatakan kepada kamu aku ini malaikat.Adakah sama orang yang buta dengan orang yang celik?“ ( Al-An’am : 50 )
Kita sudah maklum berbagai jenis ilmu yang ditemui ,namun hakikatnya kita dikehendakki mencari ilmu yang mempunyai ciri-ciri yang bermenfaat . Antaranya ilmu yang dapat memantapkan iman seperti ilmu agama , ilmu yang membawa kepada pengabdian hamba kepada penciptanya,ilmu yang tidak membawa kepada kesesatan dan yang paling penting ilmu akhirat iaitu suatu alam yang kita nantikan kerana padanya sahaja kehidupan yang abadi.
Daripada Abu Bakar ra. , sabda Rasulullah saw bermaksud : “ Mulakan pagimu sebagai seorang guru, atau pelajar, atau pendengar atau orang yang cintakan ilmu , maka jangan jadi orang yang kelima , kamu akan binasa “.
RUMUSAN
RUMUSAN
Kesimpulannya , dengan akal yang waras dan ilmu yang bermenfaat maka wujudlah kesan dan hikmah yang sangat besar sekiranya kita menajamkan akal kita dengan membaca . Seseorang yang berilmu pengetahuan dan menjadi pakar dalam sesuatu bidang , tentu ideanya dapat memberi menfaat kepada orang ramai dan menjadi tempat rujukan untuk menyelesaikan masalah .Lebih penting lagi dapat menyubur dan meningkatkan iman kerana telah menerapkan nilai-nilai Islam dalam masyarakat.
Tambahan lagi apabila seseorang itu berfikir berlandaskan wahyu dan syarak pastinya dengan hati nurani yang suci perkara yang hak dan batil itu dapat dibezakan . Kemudian hubungannya dengan Allah sentiasa terpelihara seterusnya meletakkan manusia itu merendah diri di atas kebijaksanaan dan rahmat Allah .Menjadi penting sekiranya berhujjah dengan menyertakan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis agar tidak ada kekeliruan dan bangkangan sedangkan kita umat Islam diperintahkan berpegang kepada kedua-duanya.
Apakah yang lebih baik sekiranya kita berfikir berlandaskan logic semata-mata? Sudah pasti akan terseleweng sama sekali kerana hujjah tersebut lebih bersifat mementingkan diri sendiri , kepentingan duniawi dan hawa nafsu. Kesannya sangat besar apabila akidah akan terpesong dan iman akan tergelincir. .
Semoga bertambah murni pemikiran anda dengan membaca!!!
No comments:
Post a Comment