Tinta Dari Dasar Hati Insan ....

MAKAM SYUKUR DALAM SOLAT


Setiap umat Islam dikehendakki bersyukur. Kebiasaannya apabila kita bersyukur kita akan mengucapkan alhamdulillah.Ini yang biasa diucapkan ketika kita  berada di luar solat. Namun kita juga dikehendakki bersyukur dalam solat, tetapi di mana , bila dan bagaimana kita bersyukur dalam solat?

Lihat kisah  di bawah ini :

Terdapat satu kisah Saidina Abu Bakar r.a. terlewat ke masjid untuk solat berjemaah bersama Rasulullah saw dan jemaah mukmin yang lain.Semasa dalam perjalanan ke masjid,Abu Bakar berdoa  agar Allah memberikan kesempatan kepadanya  untuk berjemaah bersama . 

Sebaik sahaja memasuki masjid , didapati Rasulullah saw sedang rukuk. Maka Abu Bakar bertahmid tanda syukur kerana sempat mengejar solat berjemaah.Kemudian Allah mewahyukan kepada Rasulullah saw supaya membaca "sami allahu liman hamidah" semasa bangun dari rukuk, dan bukan lagi membaca Allahuakbar seperti sebelumnya.

fahamlah Abu Bakar maksud penukaran tersebut dan beliau menjawab "rabbana lakal hamdu".Apabila sudah sempurna berdiri tegak,disunatkan menyebut bacaan sebagaimana yang diriwayatkan daripada Imam 
Bukhari :rabbana lakal hamdu yang bermaksud "Wahai tuhan kami, kepadaMu segala pujian".

(Lihat Majalah Solusi Isu 21 muka surat 15)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...