Tinta Dari Dasar Hati Insan ....

DOSA FARDHU KIFAYAH


Sebagaimana yang kita semua ketahui, Fardhu Kifayah ialah satu perkara yang diletakkan kepada seseorang atau sekumpulan yang mukallaf menyelesaikan persoalan umat . Contoh-contoh Fardhu Kifayah ialah seperti pengurusan jenazah, kesihatan, pendidikan, pemakanan dan sebagainya.Bidang dan skopnya sangat luas.Oleh sebab itu jika ia tidak dilaksanakan seluruh umat Islam di kawasan tertentu akan menanggung dosa.

FARDHU AIN

Halal Atau Haram?
Kita mampu mengerjakan solat,puasa,bertahajud,khatam Al-Quran dan berbagai ibadah fardhu Ain sehingga kita merasa telah alim dan waraq.Jika kita meninggalkannya dan kita merasa berdosa lalu kita memohon ampun dan bertaubat  kepada Allah.

Mudah bukan kerana sudah pasti Allah menerima taubat kita kerana Dia Maha Pengampun.Seterusnya kita akan melakukan semula ibadah yang ditinggalkan tersebut seperti biasa.


PERSOALAN?
Namun tanpa kita sedari kita ada menyimpan satu dosa yang kita sendiri tidak merasakan diri kita berdosa iaitu 'Dosa fardhu Kifayah' . Dalam dosa fardhu Kifayah, jarang-jarang orang merasa dirinya berdosa. Ianya sudah tentu berpunca dari beberapa  persoalan fardhu kifayah yang masih tidak selesai di dalam masyarakat kita.

Adakah kita menyedarinya?

Umpamanya dalam industri  makanan yang tidak lagi mengutamakan halal atau syubhah. Berapa banyak kini makanan jelas haramnya di mana-mana sahaja mudah kita ketemu.Begitu juga pakaian yang tidak lagi menepati syarak sedangkan perekanya orang Islam itu sendiri? Bagaimana ibadat kita dapat diterima jika makan dan pakai kita adalah haram?


Apabila kita kuat beribadah, janganlah sekali-kali kita bersenang hati.Lihatlah penglibatan diri kita dalam persoalan ummah hari ini yang semua aspek kehidupan kita tidak lari dengan Islam.Sejauh mana penghayatan agama kita, ilmu yang diamalkan, akhlak Islamiah yang dipegang,dakwah yang disampaikan,program keagamaan dan kerja sebagai ibadah?

SERUANKU

Kita semuanya berdosa dengan dosa-dosa yang tidak kita sedari, dan malangnya kita tidak pernah pula memohon ampun ke atas dosa-dosa itu. Bagaimana pula nanti kita mati dengan membawa dosa yang tidak kita sedari itu?

Fikirlah sedalam-dalamnya wahai saudara seislamku.Lihatlah apa dan bagaimana sumbangan kita pada agama kita sendiri sebagai penganut yang telah mengucapkan syahadah.Aku telah mengalami situasi ini dan kerana itulah aku menulis artikel ini. Melaksanakan Fardhu Kifayah itu lebih sukar dari mendirikan Fardhu Ain. Ia sangat mencabar kesabaran dan menguji keimanan.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...