Tinta Dari Dasar Hati Insan ....

KONSEP MUSLIM DAN MUKMIN

Saya terpanggil untuk menulis tajuk ini kerana tipisnya fahaman Islam pada diri orang Islam itu sendiri.Mari kita nilai dan banding bezakan antara Muslim dan Mukmin. Di manakah kita letakkan diri kita sama ada hanya setakat muslim sahaja atau muslim yang mukmin.

MUSLIM

Maksudnya : seorang yang percaya dan yakin tentang kewujudan Allah SWT serta apa ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah saw.Seseorang itu dikira muslim apabila dia mengucap dua kalimah syahadah.Mereka juga percaya kepada rukun-rukun iman

MUKMIN

Maksudnya seorang yang percaya dan yakin tentang kewujudan Allah serta ajaran yang dibawa oleh nabi kita
dan rukun-rukun iman dan beramal dengannya

SIFAT-SIFAT MUKMIN

1.Mengerjakan solat dengan khusyuk
2.Menjaga maruah dan kehormatan diri
2.Berakhlak mulia dalam pergaulan seharian
3.Melakukan sesuatu amalan dan perbuatan dengan ikhlas
4.Mantaati ibu bapa
5.Menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang merosakkan iman
6.Menjauhkan diri daripada melakukan perbuatan yang sia-sia daahn tidak berfaedah

Langkah-langkah Ke arah Muslim dan Mukmin Sejati

1.Mempelajari ilmu fardhu ain dan Fardhu kifayah
2.Beramal dengan ilmu yang dipelajari
3.Berdamping dengan ulama' dan orang yang berilmu
4.Merancang masa depan dengan bijak
5.Sentiasa berzikir dan membaca Al-Quran
6.Sentiasa menjaga kebersihan fizikal dan mental

Semua di atas adalah perkara-perkara yang paling asas dalam akidah Islamiyah yang sepatutnya diketahui , difahami dan diamalkan sebaiknya oleh semua orang Islam. Jika tidak jadilah kita apa yang digelar sebagai 'Islam baka' , lalu Islam itu hanya sekadar kulit luaran sahaja.Islam itu tidak dijadikan cara dan pegangan hidup kita seharian.


Nilailah sendiri
!
                                                                       

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...