Menurut Kamus Dewan, Liberal bermaksud condong kepada kebebasan dan fahaman yang demokratik atau berfahaman bebas .Ia juga dimaksudkan dengan bersifat atau berpandangan bebas, berpandangan terbuka iaitu tidak terkongkong kepada sesuatu aliran pemikiran dan sebagainya.
Dari pernyataan di atas, fahaman ini membuka seluas-luasnya ruang kepada akal dan nafsu untuk kebebasan mutlak. Maka perkataan liberal ini tidak layak digandingkan dengan Islam. Sedangkan Islam bermaksud taat dan patuh, menyerah diri dan selamat. Islam merujuk kepada satu cara hidup yang telah diatur oleh Allah melalui syatiat-Nya yang dibawakan oleh utusan-Nya , nabi Muhammad saw untuk seluruh manusia dan jin.
Jelas di sini di antara liberal dan Islam itu sangat berjauhan dan bertentangan sama sekali, malah tidak layak digandingkan.Allah tidak mencipta manusia itu tanpa apa-apa makna dan tujuan melainkan mentuhankan-Nya , tidak sebaliknya sehingga manusia itu sanggup mentuhankan dirinya sendiri. Justeru Allah telah menetapkan syariat-Nya untuk dipatuhi oleh manusia melalui firman-firman-Nya dalam Al-Quran. Walaupun kita dianugerahkan akal, namun tahap maksimum capaiannya sangat terbatas . Mana mungkin prinsip dan pegangan hidup itu boleh bebas sewenangnya tanpa had dan berpandukan akal logik semata.
Golongan yang mencipta istilah liberal ini sebenarnya bagi membuktikan bahawa kononnya golongan merekalah yang memperjuangkan keterbukaan dan kebebasan yang sebenar. Mereka menuntut satu kebebasan yang melampaui batasan syarait Islam itu sendiri iaitu kebebasan dalam memberikan pandangan secara terbuka yang tidak terikat kepada aliran pemikiran Islam mahupun ajaran Islam itu sendiri. Sedangkan Islam mempunyai prinsip al-Hurriyyah yang tersendiri berasaskan wahyu.
2 Bahagian Liberal
Secara umumnya, terdapat dua jenis liberal iaitu liberal yang bercorak klasik dan moden. Liberal klasik lebih menekankan hak asasi dan undang-undang semulajadi merangkumi moral , politik , ekonomi dan sosial. Manakal liberal moden lebih menekankan dasar-dasar awam melalui pengalaman , penelitian dan praktis.Sistem liberal moden dapat dikesan dalam corak pemerintahan demokrasi . Manakala liberal klasik pula lebih bersikap konservatif yang membantah kawalan kerajaan dalam aktiviti ekonomi .
Paling tuntas , status Islam liberal ini semuanya menyeleweng sama sekali kerana ideologi yang diperjuangkan bertentangan dengan prinsip Islam itu sendiri iaitu idea yang memperjuangkan kebebasan melebihi batasan syariat Allah . Justeru penisbahan ini tidak sepatutnya menguasai umat Islam kini .
1 comment:
So.. Patut ke wujud istilah "islam liberal " ?
Post a Comment