Tinta Dari Dasar Hati Insan ....

SUFRAH DAN KUDRAH





Tulisan ini khas ditujukan untuk muslimah yang menghadapi kemusykilan tentang haid. Ini sangat penting kerana ia berhubung kait dengan ibadah solat dan puasa yang mempunyai syarat-syaratnya yang tertentu. Perkara ini tidak boleh diambil  dengan  mudah dan ringan.

Dari Abu Hurairah ra berkata , Rasulullah saw bersabda : "Allah tidak menerima solat salah seorang di antara kamu apabila berhadas sehingga dia berwudhuk" .


Maksud Sufrah dan Kudrah

Sufrah  ialah cecair yang keluar dari kemaluan wanita adalah berasal dari rahimnya.Cairan tersebut adakalanya berwarna kekuningan seperti warna nanah dan berbau.

Kudrah pula ialah cairan yang berwarna merah , tetapi bukan haid.

HUKUM KEDUA-DUANYA

Kedua-duanya membatalkan wudhuk . Jika cairan yang keluar hanya merupakan keputihan biasa atau ringan , tidak berbau maka ia tidak membatalkan wudhuk.

Apakah Sufrah dan kudrah  termasuk haid?

Ulama berselisih pendapat tentang keduanya :

a)Pendapat pertama : sufrah dan kudrah tidak termasuk haid. Dalilnya dari Ummu 'Athiyyah r.a berkata : "Kami tidak menganggap apa-apa kudrah dan sufrah sebagai haid". (Riwayat Bukhari)


b)Pendapat kedua : sufrah dan kudrah termasuk haid kerana berasal dari rahim dan berbau, maka hukumnya sama seperti haid".


c) Pendapat ketiga : hukum sufrah dan kudrah bergantung pada waktu keluarnya. Ini pendapat yang paling kuat. Dalilnya dari Ummu 'Athiyyah ra berkata:" Kami tidak menganggap kudrah dan sufrah setelah suci itu sesuatu (dari haid) " . ( Riwayat Abu Daud )


Ini bermaksud sufrah dan kudrah sebelum waktu suci merupakan haid. Jika sufrah dan kudrah keluar sebelum suci daripada haid, maka ia termasuk darah haid sesuai dengan kaedah Fiqhiyyah : " Tetap kerana mengikut apa yang tidak  tetap kerana sendirian " .Maksudnya sufrah dan kudrah termasuk haid apabila keluar mengikuti haid. Namun jika sufrah dan kudrah keluar setelah suci dari haid, tidak bersambung dengan waktu haid, maka ia tidak dikira sebagai haid.

Firman Allah yang bermaksud : "Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad ), mengenai ( hukum ) haid , katakanlah " Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan) mendatangkan mudharat " .
(AlBaqarah ayat 222)


Semoga bermenfaat dan dapat dijadikan panduan

1 comment:

amaniammar said...

Assalamualaikum..
ramadhan qareem
ustazah, saya ingin perjelasan lanjut tentang sufrah n kudrah ni.
jika terdapat cairan kekuningan yg disertakan jaluran merah (seakan jaluran darah) 2-3 hari SEBELUM keluarnya sifat haid sebenar, adakah ia dianggap sebagai haid. Memandangkan keadaan ini berlaku dalam bulan puasa, bagaimana status puasa yg dilakukan disiang hari dan ibadah fardhu yg lain? adakah hukumnya membatalkan puasa atau sekadar membersihkan faraj dan solat seperti biasa..pohon penjelasan segera

terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...