Tinta Dari Dasar Hati Insan ....

MELIHAT KEKUASAAN ALLAH

Sesuatu yang tak dapat aku lupakan sampai bila pun sehingga saat ini.Kejadian ini berlaku ketika aku di tingkatan 6.Aku tinggal di asrama bersama kawan-kawan.Kami sentiasa solat fardhu berjemaah kerap juga solat hajat berjemaah,disamping mengaji AlQuran pada sebelah malam selepas waktu belajar.Telah menjadi kebiasaan kami walaupun terpaksa berjalan kaki dari surau pada lewat malam.


Suatu malam selesai menunaikan solat  berjemaah di surau asrama,kami beramai-ramai menuju balik ke bilik masing-masing.Kami tidak terus masuk ke bilik apabila semua rakan-rakan memandang ke langit.Sungguh ajaib.Apa yang kami lihat ialah awan berbentuk seperti badan manusia.Awan tersebut seolah-olah manusia yang berpakaian jubah dan serban di. mana  bilangannya mencukupi 2 saf solat berjemaah dan bermakmumkan seorang imam di hadapan.  

Kami pun mengambil dan membentang tikar lalu beramai -ramai baring melihat kejadian tersebut yang berlaku selama lebih kurang 15 minit.Kami lihat dengan jelas awan tersebut rukuk dan sujud seperti dalam solat.Kami memerhatikannya sehingga awan tersebut hilang di kegelapan langit malam.Beberapa bulan selepas itu kami menghadapi peperiksaan STPM dengan persediaan yang sepenuhnya.Alhamdulillah, apabila STPM diumumkan , batch kami mendapat kejayaan yang cemerlang sehingga tiada seorang pun yang gagal..seingat aku ramai kalangan rakan-rakanku dapat menyambung pelajaran sama ada ke universiti atau maktab....segala syukur untuk Allah...mungkin kekuasaanNya yang diperlihatkan kepada kami sebagai satu petanda dan restuNya pada kami...Subhanallah!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...