1431 H baru sahaja pergi meninggalkan kita . Kini 2010 M pula akan melabuhkan layarnya dan berlalu dengan seribu kisah , peristiwa dan kenangan sama ada yang masih segar dalam ingatan atau luput di telan masa .
Diri ini juga tidak ketinggalan melalui hari-hari semalam yang penuh dengan kegembiraan , kedukaan , pengorbanan , kesedihan dan berbagai peristiwa yang tidak mungkin dapat diceritakan semuanya di sini .
Namun dapatlah dirumuskan bahawa 365 hari yang ditempuhi , pastinya banyak perkara yang dilalui sama ada pada aspek rumahtangga , keluarga , kerjaya , persahabatan dan sebagainya . Semuanya dapat ditempuhi walau semuanya itu menuntut pengorbanan sama ada sebagai seorang isteri , ibu , guru dan anak kepada ibu yang melahirkan dan seorang menantu kepada ibu mertua .
Rumahtangga dan keluarga
lebih 10 tahun melayari bahtera rumahtangga pastinya mengisahkan seribu penceritaan antara kami .Aku bersyukur kepada Allah kerana aku dan suamiku masih tetap setia bersama memegang janji-janji yang dipatri . Segala pancaroba dan dugaan sering melanda yang tidak pernah jemu mendatang dan menguji , namun kami redha dan tidak sedikitpun akan melemahkan kekuatan kami mengharung dunia perkahwinan
hingga ke syurga .
Melihat anak-anak membesar tidak disangkakan aku telah melalui saat-saat mencabar membesarkan 2 pasang cahaya mata anugerah Ilahi . Jika hendak dikisahkan menempuh cabaran membesar , mengasuh dan mendidik anak yang semakin hari semakin menguji diri , tidak akan sama dengan apa yang ditanggung dan dihadapi suatu ketika dahulu , saat ini dan di hari muka nanti .
Kepada pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga , persiapkan fizikal dan mental dirimu disamping berdoa kepada Allah agar bahtera rumahtangga dapat dikemudi saat ombak bergelora .
Kerjaya
Kerjayaku juga tidak sunyi dari cerita-cerita yang menggembirakan , menyedihkan , melucukan , membosankan , stress , letih , sakit hati , motivasi down , kerenah pelajar yang sentiasa mencabar dan menguji keimanan . Seakan tidak percaya aku telah mengharungi dunia pekerjaan sebagai guru mendidik anak bangsa yang kurasakan telah lali dan tegal menghadapinya semakin hari .
Pengalaman dan kematangan semakin dirasai memimpin diri ini untuk mendepani beban tugas dan cabaran kerja . Jika dahulu di awal mula memegang status sebagai guru untuk menyiapkan sasuatu tugas pastinya disambut dengan keluhan , rungutan , tention dan sering merasa bosan untuk pergi ke sekolah .
Ajaibnya semua perasaan itu lenyap dan hilang kini entah ke mana .Semakin hari aku semakin dewasa dalam usia kerjayaku . Segala masalah telah menjadi ringan dan dapat ditangani dengan lapang hati .lebih-lebih lagi apabila penat lelah dibalas akhirnya dengan keputusan mata pelajaran P. Islam yang ku ajar mendapat peratus yang tinggi saban tahun dan menjadi pengubat kedukaanku tentunya .
Mengajar subjek Pend. Islam juga menjadi kepuasan diri ini kerana dapat menyampaikan ilmu yang akan digunapakai di alam kubur dan akhirat pastinya . Sudah tentu ia menjadi pengisian diri ini juga di samping dapat membentuk generasi soleh. Insyallah.......
Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati hidup kita semua . Amiennn.......!!
1 comment:
Salam Adik, salam perkenalan! Pe kabor? Semoga hidup kita di tahun ni lebih diberkati dan dirahmati!
Post a Comment