Tinta Dari Dasar Hati Insan ....

KANAK2 DI PALESTIN DAN BAYI DI MALAYSIA


Menyedihkan apabila melihat gambar-gambar bayi yang mati di bunuh oleh manusia zalim yang 100% sama sifatnya dengan binatang (binatang pun sayang pada anaknya).Ini bukan berlaku jauh dari tempat kita (jauhkan aku dari penemuan bayi2 yang dibuang dan dibunuh), malah  kita akan kerap melihat gambar-gambar bayi tersebut mati dalam keadaan menyayat hati di setiap hari di muka depan media massa.

Lebih mengaibkan manusia zalim tersebut adalah orang Islam dan orang melayu sendiri (minta maaf kata).Ini tidak ditambah dengan kes-kes pengguguran haram yang dikira membunuh juga.Bagaimana situasi remaja kini telah  hancur akhlaknya dan tidak berpegang pada ajaran agama lagi.

Jika hal ini berterusan ...bagaimana kita hendak meneruskan generasi dan anak yang soleh dan solehah yang kelak akan mendoakan ibu bapanya? Sedangkan anak adalah amanah yang dipertanggungjawabkan dan anugerah yang paling berharga sebagai penyambung keturunan berbanding harta benda dan perkara lain di dunia ini.

Semua maklum bahawa doa anak yang soleh dan solehah itu akan menjadi penyambung amalan kita setelah mati.Namun jika hal keadaannya begini...sudah tentu bukan anak yang soleh dan solehah yang lahir ke dunia ini...bagaimana sesuatu yang terhasil dari yang haram akan menjadi penolong kita di akhirat..?


Bandingkan pula kanak-kanak di Palestin yang boleh kita anggap mujahid dan ramai yang mati syahid dik kekejaman yahudi.Mereka mati  bermaruah dan mulia di sisi Allah dan masyarakat dunia Islam...tetapi bagaimana pula bayi-bayi di Malaysia yang mati kerana dibuang dan dibunuh oleh orang Islam pula..????


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...