Tinta Dari Dasar Hati Insan ....

FAKTA , ANGKA DAN REAKSI KITA

  
Facebook merupakan sebuah syarikat yg bertapak di Palo Alto,California,Amerika Syarikat dan dibangunkan dalam bilik asrama Universiti Havard oleh seorang pelajar jurusan sains komputer iaitu Mark Zuckerberg.

facebook kini dianggarkan sudah memiliki 500 juta orang pemegang akaun.Berdasarkan rekod,angka 300 juta yang diraihnya pada september 2009,350 juta pada december 2009 dan 400 juta pada februari lalu.Ini bermakna setiap 3 bulan ia meraih 100 juta pemegang akaun baru.Maka boleh dianggar sejak februari hingga April,ia sudah melebihi 500 juta.

Tulisan Dan Fletcher dalam majalah TIME menyatakan Facebook memiliki lebih banyak kelebihan berbanding ciptaan dalam internet hari ini seperti Microsoft,Google atau Youtube.Facebook memiliki 'pelaburan emosi para penggunanya'.

SEHINGGA ARTIKEL INI DITULIS......

*Jumlah pengguna yang aktif lebih dari 20 juta
*Separuh lebih pendaftar Facebook bukan peminat IT
*Pengunaannya rata-rata memiliki 100 teman
*Lebih dari 3 juta pengguna menjadi penggemar sesuatu topik
*Jumlah foto yang dimuat naik lebih daripada 800 juta setiap bulan
*Lebih daripada 5 juta video dimuat naik setiap bulan
*kandungan lain (link,cerita ,blog,catatan dan lain-lain) yang dikongsi lebih daripada 20 juta setiap bulan
*Lebih dari 2 juta acara dikendalikan setiap bulan
*Facebook sudah diterjemahkan ke lebih 15 bahasa
*Masih ada 60 bahasa lagi yang masih dalam proses penterjemahan
*Lebih daripada 70% pengguna Facebook tinggal di luar Amerika
*Terdapat lebih daripada 52 ribu aplikasi untuk Facebook
*Aplikasi baru bertambah 140 setiap hari
*Sekitar 95 % pengguna menggunakan satu aplikasi dalam facebook


Apa reaksi anda apabila membaca artikel di atas?????


Memang benar kita dianugerahkan Allah Taala akal fikiran. Sehinggakan orang-orang barat tidak mensia-siakan menfaat akal dengan mengasah tenaga fikiran mereka sehingga dapat mencipta berbagai teknologi yang kita lihat kini.Mereka menumpukan sepenuh perhatian mereka terhadap penggunaan akal sehingga mereka tidak sempat untuk memikirkan siapa Pencipta mereka sendiri...Mereka kufur,engkar dan banyak membuat kemungkaran walaupun kita menganggap mereka bangsa yang maju (kononnya)..

Oleh itu kita sebagai umat Islam janganlah terlalu mengkagumi ciptaan-ciptaan dari barat seperti Facebook di atas ....Jangan juga kita terpesona melihat serba majunya perniagaan,ekonomi , perdangangan dan lain-lainnya sehingga kita berlumba-lumba pula mengejar kemajuan tersebut.Kesannya umat Islam akan melupakan  Allah dan seterusnya jauh dari ajaran agama sebagaimana orang kafir yang melupakan pencipta mereka yang sebenarnya..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...