Tinta Dari Dasar Hati Insan ....

HUKUM BERJABAT TANGAN DAN ADAB-ADABNYA



Berjabat tangan adalah salah satu bentuk penghormatan , penyambutan , dan memuliakan orang lain. Berjabat tangan dalam bahasa Arabnya  al-mushafahah , berasal dari kata sa-shafh yang ertinya pemaafan . Maksudnya dengan berjabat tangan kesalahan seseorang dapat dimaafkan .

HUKUM

Imam Nawawi dalam kitab Al-Azkar menyebut : " " Ketahuilah bahawa berjabat tangan adalah sunat yang disepakati oleh ulamak dalam setiap perjumpaan "

Dalam kitab Sahih Bukhari dari Qatadah beliau berkata : " Aku  bertanya kepada Anas : Apakah dahulu pada zaman sahabat ada ?" . Beliau menjawab : Ya .


Bermuka manis dan berdoa ketika berjabat tangan

Imam Nawawi berkata : " Disunatkan ketika berjabat tangan menunjukkan muka yang manis dan berseri serta berdoa mengampunkan dosa dan sebagainya " .

Dari al-Barra' bin Azib ra. bahawa Rasulullah saw bersabda : " Sesungguhnya orang-orang muslimin , apabila dua orang bertemu di antara mereka, lalu berjabat tangan dan bermuka senyum dengan perasaan kasih sayang  serta menyampaikan nasihat, mka hilanglah dosa mereka berdua " .


Hukum berjabat tangan dengan perempuan

Haram berjabat tangan dengan perempuan kecuali isteri dan muhrim kerana ia boleh menimbulkan fitnah .
Dalam kitab Muwattta' karangan Imam Malik dan Sahih Tirmizi disebutkan tentang kisah pembai'atan perempuan yang ketika itu berkata :" Marilah kami mebai'ahmu wahai Rasulullah " . Maka Nabi saw bersabda : " Sesungguhnya aku tidak menjabat tangan perempuan, perkataanku kepada seratus orang perempuan sama dengan kepada satu orang perempuan " . 


Mencium tangan dan dahi 

Sunat bagi seorang lelaki mencium tangan lelaki yang dikenali sebagai orang yang soleh dan taqwa , begitu juga tangan orang yang banyak ilmu serta mengamalkan ilmunya , begitu juga tangan kedua ibu bapa , datuk nenek, bapa dan mak saudara. Ia bagi menunjukkan penghargaan , penghormatan dan perasaan cinta kepada mereka

Harus mencium pipi dan memeluk seseorang jika dimaksudkan  sebagai tanda kasih sayang atau kerana akan berpisah , atau ketika menyambut seseorang yang datang dari jauh atau sudah lama tidak bertemu , atau orang yang telah sembuh dari penyakit atau selamat dari ancaman bahaya .

Diharuskan mencium wajah mayat bagi keluarga dan kerabatnya . Hal ini berdasarkan hadis  riwayat Abu daud dan Tirmizi dengan sanad yang sahih dari Aisyah ra: " Bahawa nabi saw mencium Usman Bin Maz'un yang telah wafat sambil menangis atau bercucuran air matanya " . 

Tidak boleh mencium tangan orang fasik kerana ia akan membawa maksud menghormati dan membesarkannya padahal sapatutnya ia dihina dan direndahkan.

Tidak boleh mencium tangan orang kaya kerana kekayaannya kerana ia akan melemahkan keyakinan dan keimanan kepada Allah. Malah perbuatan  itu  mengandungi sifat kemunafikan san kehinaan diri sendiri .
Sedangkan orang Islam dituntut menunjukkan ketinggian Islam dan iman pada dirinya

Sekian

1 comment:

ummu said...

assalamualaikum Zar
sunnguh menghulurkan tangan
berjabat tangan
tanda menhulurkan ukhuwwah
sesama muslim

sekarang ini,bagaikan senario pula
remaja yang berjabat tangan dengan cikgunya,tapi semasa berjabat tangan,
mencium tangan sendiri...

terima kasih atas artikel yang bermanfaat ini.

Bicara hati Ibu
Jurnal kehidupan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...