Tinta Dari Dasar Hati Insan ....

CATATAN KARIERKU


 Malam semakin larut. Suasana hening dan damai seperti mengizinkan aku untuk menulis kisah ini menjadi perkongsian  bersama......
Sebaik sahaja mendirikan  rumahtangga , 4 bulan selepas itu aku dipanggil memulakan karierku sebagai guru .Hari-hari yang dilalui sepanjang memegang gelaran sebagai  seorang guru yang berstatus ustazah  banyak mengajarku erti kehidupan.Pengalaman yang tidak ternilaikan mengajar , mendidik dan membimbing anak remaja  selama 10 tahun pertama  ini.
Ini  adalah sekolah keduaku selepas berpindah dari sekolah posting pertama memandangkan ia agak jauh dari rumah. Tambah lagi ketika itu aku berbadan dua dan terpaksa pula menunggu bas berjam lamanya . Sehingga kini aku masih setia menyumbang bakti di sekolah ini bersama rakan-rakan seperjuangan yang juga silih berganti bertukar wajah.

Aku Dan Pelajarku
Aku spesifikkan disini  pelajar Islam  kerana mereka adalah minoriti.  Agak mengejutkan kpabila kali pertama menjenjakkan kaki sewaktu tiba di sekolah ini yang majoritinya pelajar berbangsa Cina. Lantaran tidak pernah menetap apatah lagi berkunjung ke Johor. Pelajarnya yang silih berganti datang dan pergi  bertukar wajah saban tahun.Semenjak 2001 hinggalah kini  dan tentunya nama dan wajah mereka telah kabur namun tidak pernah luput dari ingatan . Satu yang sangat kupuji adalah kebanyakan pelajar muslim di sini mahir berbahasa  Cina. Segelintir  darinya pelajar yang cemerlang sudah tentu duduk di kelas depan dan yang lainnya di kelas sederhana namun mereka akan bertemu , bermesra dan bergurau senda di dalam kelas agama yang satu-satunya mata pelajaran  P. Islam yang menemukan mereka .Mereka akan mengambil kesempatan di ruang  waktu yang sebentar berbincang aktiviti  Persatuan Agama Islam dan sentiasa merujuk kepadaku selaku guru penasihatnya.

Pengalaman Pahit Manis
Gembira ,kecewa, tidak bersemangat,  stress, air mata berguguran semuanya pernah kurasai dan kutanggung . Sama ada ianya datang dari pihak pentadbir, rakan-rakan dan pelajar semuanya menuntut ketabahan dan kecekalan yang bukan  sedikit bagi meneruskan hari-hari seterusnya  yang masih panjang.Aku pernah dimarahi  tanpa sebab dan salahku dan  dilabelkan pula guru yang malas ( tempias dari ustaz yang tidak masuk kelas di sekolah lain ) oleh bos sendiri. Segelintir rakan-rakan yang tidak memberi  kerjasama terhadap program-program keagamaan….di bahu inilah terpikul tanggungjawab sebagai muslim mukmin meneruskan usaha-usaha daie ….!

Di sebalik kedukaan , Allah yang Maha Pengasih tidak membiarkanku hanyut dalam penderitaan sekaligus  menghilangkan kesedihanku apabila penat lelahku dibayar dengan kejayaan dan kecemerlangan P. Islam yang saban tahun mencatatkan 100 % lulus. Alhamdulillah syukur atas keizinan-Nya  memberkati dan meredhaiku  sentiasa sepanjang mengajar dan menjalankan kerja-kerja dakwah di sekolah. Hanya pada-Mu tempat ku bergantung….

Jika ada izin-Nya, diberi ruang dan waktu aku akan menyambung tulisan ini….

انشا الله

Selagi hayat masih ada.....


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...