Kebanyakan kita ramai yang tahu akan 3 amalan yang tidak akan terputus setelah kita meninggal dunia.
3 perkara itu ialah :
- Ilmu yang dimenfaatkan
- Amal Jariah
- .Doa anak yang soleh
Cuma di sini saya hendak mengaitkannya dengan sifat Allah yang MAHA ADIL…….
Kepentingan Ilmu dan Anak Yang Soleh
Ilmu pengetahuan diciptakan oleh Allah untuk menyempurnakan ibadah dan sabagai cahaya kehidupan.Ilmu pengetahuan yang berguna pastinya untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Siapakah golongan yang terlibat bagi amalan pertama di atas?
Senarainya dinyatakan di bawah ini berdasarkan hadis Riwayat Imam Malik:
a) Guru
b) Pelajar
c) Pendengar ilmu
d) Orang yang cintakan ilmu
Dengan sifat Allah yang Maha Adil, kita boleh tergolong dalam mana-mana 4 golongan di atas. Jika tidak pun kita bukan seorang guru , kita tentunya menjadi seorang pelajar , atau pendengar ilmu atau paling tidak pun kita cintakan ilmu itu. Namun janganlah kita jadi golongan yang kelima (selain dari di atas ), maka apa lagi amal jariah hendak kita bawa selepas mati nanti???
Anak yang soleh pula adalah harta yang tidak ternilai di dunia mengalahkan semua jenis harta benda.Beruntunglah mereka yang memiliki anak yang soleh. Didikan dan ilmu yang dicurahkan kepada anak-anak perlu disemai dari kecil lagi.Maka doa anak yang solehlah yang kita perlukan. Bukan harta yang mendoakan kita di alam barzakh nanti.
Bagaimana pula bagi pasangan suami isteri yang tidak dikurniakan zuriat? Siapakah yang dapat membantu mereka selepas mati nanti?
Allah Maha Pengasih dan Maha Adil kepada hamba-Nya. Mereka masih berpeluang beramal untuk membantunya di akhirat kelak.
Lihat pula tentang amal jariahnya…..
Mudahnya bersedekah
Amalan ini tidaklah ditujukan khas untuk orang kaya dan hartawan yang memiliki segunung emas. Tidak adil Allah itu kiranya orang kaya sahaja yang dapat bersedekah.Orang miskin juga dapat bersedekah kerana selain dari bersedekah wang dan harta, ada amalan lain yang juga dianggap sedekah .
Mari lihat senarai amalan sedekah di bawah ini :
a)Berjalan kaki menuju ke masjid
b)Mengeluarkan perkataan yang baik seperti nasihat dan kata perangsang
c)Menegakkan keadilan dan mendamaikan antara dua orang yang berbalah
d)Membuang benda yang menyakiti atau menghalang di jalanan seperti membuang batu atau kayu
b)Mengeluarkan perkataan yang baik seperti nasihat dan kata perangsang
c)Menegakkan keadilan dan mendamaikan antara dua orang yang berbalah
d)Membuang benda yang menyakiti atau menghalang di jalanan seperti membuang batu atau kayu
e)Membantu orang lain menaiki kenderaan seperti mendahulukan orang tua atau wanita yang mengandung.
f)Senyum dan mengucapkan perkataan yang baik seperti memberi salam,berdoa, berselawat dan berzikir.
Semua perkara dan situasi di atas sentiasa melingkari kehidupan kita seharian sama ada secara langsung atau tidak langsung. Walaubagaimanapun semua amalan di atas akan terhapus jika tiada keikhlasan. Pastinya ikhlas itu syarat utama sedekah!!!
Nah,Siapakah Yang Maha Adil pada kita semua yang bernama manusia ???
No comments:
Post a Comment