Dalam peristiwa Hijrah,Rasulullah saw telah singgah di sebuah rumah yg didiami oleh seorang wanita tua bersama suaminya.Persinggahan ini berlaku semasa bersama sahabatnta dalam perjalanan dari Gua Thur hingga ke Madinah.Ketika itu suami wanita tua tersebut tiada di rumah kerana urusan pekerjaan.
Kedatangan Rsaulullah menyebabkan kambing wanita itu mengeluarkan susu dengan banyaknya.Walaupun rasulullah dan sahabatnya dapat meminum susu sehingga kekenyangan,namun masih banyak baki susu yang masih ada.Ini menimbulkan kehairanan pada wanita tua itu..
Apabila suami wanita tua itu pulang dan melahirkan rasa hairan,maka wanita tua itu menggambarkan diri Rasulullah dengan kata-kata berikut:
"rupa parasnya kacak,mukanya bercahaya,tingkah lakunya menyenangkan,perutnya tidak memboyot,rambutnya kemas dan rapi,segak,tampan,mata hitamnya besar dan hitam,suaranya jelas,lehernya jinjang,matanya hitam bercahaya,kebiruan asli di sudut matanya,bulu matanya lembut dan nipis,rambutnya hitam dan ikal,diam khusyuk dan ramah mesra,manis ketika berkata-kata.Percakapnnya tetap,tidak lebih dan tidak kurang darinyang perlu,tidak rendah dan tidak terlalu tinggi.Sahabat-sahabatnya sangat setia dan sentiasa mengelilinginya,mendengar kata-katanya dengan patuh segera akan apa yang diperintahkan.
firman Allah dalam surah Al-Ahzab ayat 21 yang bermaksud: "Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagimu iaitu orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan Hari Akhirat dan dia banyak menyebut nama Allah"
No comments:
Post a Comment