Gambar atas ialah kartunis Denmark yang melukis karikatur menghina Nabi Muhammad
Terlalu banyak musuh Islam tidak kira masa,tempat,corak serangan untuk menjatuhkan imej Islam.Salah satunya baru-baru ini laman sosial facebook yang mengadakan pertandingan melukis wajah Rasulullah.Dahulu juga pernah timbul isu yang menimbulkan kemarahan umat Islam apabila akhbar Denmark dan beberapa akhbar negara barat yang menyiarkan beberapa karikatur yang menghina nabi kita Muhammad saw.
Apakah rasionalnya agama Islam melarang melukis wajah atau jasad nabi?Ia mempunyai kaitan dengan akidah umat Islam itu sendiri.Akidah dalam Islam sangat penting kerana ia menjadi pegangan atau kepercayaan umat Islam .Ia meliputi aspek ketuhanan,kenabian dan Hari Akhirat.Tambahan pula percaya kepada Rasul adalah salah satu rukun iman.
Mengikut sejarah,terdapat suatu kaum yang telah menghasilkan gambar atau patung bertujuan untuk kenang-kenangan,tetapi kemudiannya sampai ke tahap mengkuduskan dan menjadikannya sebagai perantaraan untuk beribadah.Termasuk juga segelintir masyarakat kini yang memuja artis pujaan mereka dan menyimpan gambar yang dikatakan sebagai sumber inspirasi mereka.
Ahli Tafsir telah menjelaskan tentang firman Allah SWT melalui lisan Nabi Nuh a.s ,"Dan mereka berkata,"janganlah sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu dan jangan pula kamu meninggalkan (penyembahan) wadd,dan jangan pula suwa',yaghuts,ya'uq dan nasr" (Nuh : 23),bahawa nama berhala yang disebutkan dalam ayat ini asalnya adalah nama-nama orang soleh,tetapi ketika mereka meninggal dunia,syaitan membisikkan kepada mereka agar membuat patung-patung peringatan di majlis-majlis pengikut mereka dan menamakan mereka dengan namanya.maka kaum itu pun melakukannya.Asalnya ia tidak disembah,tetapi setelah generasi mereka hancur dan ilmu telah dilupakan,ketika itulah patung-patung tersebut disembah.
Jadi jelas di sini , tujuan syarak menegah menggambarkan nabi Muhammad saw dalam bentuk lukisan adalah untuk mengelak sebagaimana yang berlaku pada kaum terdahulu.Lagi pula tidak ada sesiapapun yang dapat menyamai peribadi sebenar nabi kita apatah lagi baginda satu-satunya dan semulia-mulia makhluk yang diutuskan Allah sebagai ikutan umat Islam.Darjat dan martabat kenabian baginda juga akan terjejas sebagai utusan Allah Taala.
Mengimaginasikan wajah atau jasad Rasulullah sama ada dalam bentuk lakonan mahupun lukisan atau selainnya sudah tentu akan mengurangkan sifat seorang nabi yang maksum dan akan menghilangkan rasa hormat terhadap kekudusan Nabi Muhammad dari sudut akhlak dan penciptaannya.Kesannya akan mencetuskan persepsi yang menyeleweng terhadap keperibadian baginda.
Kesannya lagi akan membuka jalan bagi musuh-musuh Islam melukis dan mengimaginasikan seluruh perkara-perkara ghaib dalam Islam seperti malaikat,syurga,neraka dan sebagainya.Allah juga tidak memberi wahyu memerintah nabi atau memberi kemahiran melukis kepada nabi supaya melukis suasana syurga dan neraka sepertimana yang telah dilperlihatkan dalam peristiwa Isra' Mikraj.Sudah tentu ada pengajaran dan hikmah disebaliknya.
No comments:
Post a Comment